Pages

Wednesday, 24 September 2014

:: Tips menjayakan penyusuan susu Ibu ::




Bagi ibu-ibu yang baru memasang niat untuk menyusukan anak selama 2 tahun atau yang baru terdedah kepada dunia penyusuan, ada beberapa prinsip asas yang perlu ibu-ibu tahu dan kena amalkan sekiranya ingin berjaya dalam penyusuan.

Prinsip Asas Bagi Menjayakan Penyusuan adalah :

Kekerapan penyusuan (SUPPLY & DEMAND)

Bagi ibu yang tidak bekerja mungkin tidak punya banyak masalah untuk memastikan kekerapan penyusuan namun bagi ibu yang bekerjaya serta ibu yang exclusively pumping memerlukan disiplin yang ketat dalam jadual pengepaman.

Perlu diingat: KEKERAPAN MENYUSU AKAN MENGHASILKAN LEBIH BANYAK SUSU.
Maka bagi ibu2 yang mengepam pastikan kalian punya jadual mengepam yang tetap dan disiplin. Makanlah dengan banyak hatta ditambah dengan supplement tetapi jika proses stimulasi (melalui hisapan ataupun mengepam) tidak berlaku maka ransangan untuk badan menghasilkan susu dengan banyak tidak akan berlaku. Mengepam susu DENGAN KONSISTEN, sangat membantu dalam pengeluaran susu yg stabil.


Kesedaran dari dalam diri sendiri bukan ikut-ikutan.

Ibu-ibu yang memasang niat untuk memberikan penyusuan penuh kepada anak-anak mereka perlu ada ilmu tentang penyusuan. Ini adalah penting kerana sekiranya ibu-ibu hanya terikut-ikut dengan keadaan semasa atau pengaruh sekelilingnya sahaja dibimbangi akan menyebabkan perjalanan penyusuan terkandas ditengah jalan kerana tidak tahan cabaran.

Kesedaran tentang kepentingan penyusuan mesti datang dari dalam diri ibu-ibu sendiri barulah walau apa pun rintangan yang datang , insyaAllah, si ibu akan kekal dan tetap beristiqamah.


Fikiran yang Positif.

Pentingkah fikiran yang positif? Ya, memang penting…. dan sangat membantu seseorang untuk mencapai kejayaan dalam apa yang di usahakannya. Fikirkan boleh, pasti boleh. Ianya juga dikatakan satu doa dan apa yang kita fikirkan akan membuatkan satu aura baik yang pada persekitaran kita. Cuba jauhkan fikiran yang negatif.

Ada pendapat mengatakan bahawa orang yang berfikiran positif ini ialah orang yang ceria, sentiasa yakin dengan diri sendiri dan tidak mudah mengalah. Sama keadaan dengan ibu yang menyusukan anak.. jika anda mempunyai sifat ini maka insyaAllah penyusuan selama 2 tahun akan dapat dicapai.


Minum Air Dengan Banyak

Saya sudah berjumpa dengan ramai ibu-ibu yang mengeluh apabila penyusuan anak2 mereka hanya bertahan selama 3 atau 4 bulan sahaja. Saya tanya kenapa? Dan kebanyakkan jawapan yang saya dapat adalah kerana susu kering atau susu sedikit menyebabkan anak2 mereka menangis macam tak puas menyusu.

Memang kita selalu dimomokkan dengan bayi akan lapar kerana susu ibu sahaja tak cukup untuk keperluan bayi. Sebab tu kita mudah nak top up susuibu dengan susu formula. Tapi kalau kita tengok zaman tok nenek kita dulu, masa susu formula belum ada, apa yang tok nenek kita bagi pada anak-anak mereka? Susuibu juga, kan? Ada tak mereka cakap susu tak cukup kena top up dengan air lain.. tak, kan? Susuibu jugalah yg diberi. Cukup atau tak cukup? dan ianya memang cukup.

Kenapa bayi akan tidur lebih lama jika diberi susu formula? Ini adalah kerana tekstur susu formula itu sendiri yang tidak mudah dihadam oleh perut bayi yang masih baru. Ini bermakna enjin pencernaan bayi perlu berkerja dengan lebih kuat bagi mencernakan susu formula ini dan proses pencernaan ini mengambil masa yang lama. Oleh kerana itulah yang menyebabkan bayi tidur lebih lama dan kurang menyusu kerana kekenyangan. Padahal kita tahu dan nurse2 kat hospital pun selalu bagitau yang bayi kena kerap menyusu bagi memastikan tubuh badannya sihat dan cukup keperluan zat bukan tidur jer sepanjang masa.

Ok, berbalik kepada isu air tadi, susu anda kering atau sedikit kerana anda consume air dlm kuantiti yang sedikit. Maksudnya, keperluan air untuk menjanakan susuibu dengan banyak adalah tidak mencukupi.

Tahukah anda 90% kandungan badan kita terdiri dari air? Kalau kita tak minum air dengan banyak , darah tidak berjalan dengan lancar, bila darah tidak berjalan dengan lancar akan merencatkan sistem aliran darah ke otak, ke jantung dan ke mana-mana bahagian organ penting yang lain serta ianya juga akan merendahkan kadar metabolisme badan kita. Justeru itu, susuibu yang kandungan utamanya juga air tidak dapat dijanakan dan akhirnya menyebabkan susuibu menjadi sedikit.

Cuba check, masa kita menyusukan anak kita sekerat jalan hari tu..berapa banyak air kita minum? 3 gelas? 5 gelas? 8 gelas? Bukan ibu-ibu…

Ibu-ibu yang nak menyusukan anak perlu minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari.


Menjaga pemakanan

Menjaga pemakanan termasuklah dengan pengambilan air yang selari dengan keperluan tubuh. Ibu yang menyusukan anaknya perlu memastikan pengambilan makanan hariannya mengandungi semua zat yang lengkap dan diperlukan oleh si anak yang menyusu tadi.

Seorang ibu itu dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh anak susuannya melalui susuibu walaupun si ibu itu hanya mengamalkan makanan harian utama iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Ini kerana semua makanan yang diambil oleh si ibu tadi akan dikhususkan untuk menghasilkan susuibu manakala nutrien akan diserap melalui badan si ibu itu sendiri dalam penghasilan susuibu.

Walau bagaimanapun si ibu tadi diwajibkan memastikan pengambilan makanan harian yang seimbang iaitu perlunya kehadiran zat2 penting seperti zat besi, protien, vitamin C, Vitamin B , kalsium serta banyak lagi dalam makanan yang diambil.

Pentingkah makanan yang seimbang?
Makanan yang seimbang dan lengkap dengan zat yang diperlukan sangat penting dalam memastikan badan si ibu sihat dan terus dapat menghasilkan susu dengan baik.
Jika si ibu tidak mengambil makanan yang seimbang, kebarangkalian bagi si ibu tadi mendapat kesan yang berikut:
  • Mudah keletihan.. awal tidur tetapi masih susah untuk bangkit dari tidur.
  • Mood yang tidak stabil (mood swing). Mudah marah dan sensitif.
  • Muka kelihatan pucat.
  • Mudah rasa nak pitam atau pening kepala.
  • Kulit wajah yang kusam.
  • Wajah nampak tua dari umur sebenar.
  • Sakit2 sendi, sakit pinggang, sakit belakang
  • Kaki mudah rasa bisa dan sesemut atau nama lainnya kebas2, tumit kaki yang keras.
  • Keguguran rambut yang teruk.
  • Keinginan seks yang menurun.
  • Sakit gigi.

Kita perlu tahu mengapakah simpton2 di atas boleh berlaku? Ini kerana zat yang diperolehi dari pengambilan makanan harian lebih tertumpu untuk penghasilan susuibu. Jika si ibu tidak mengambil makanan tenusu seperti susu dalam meal harian, maka kalsium dalam badan ibu itu sendiri akan diserap bagi disalurkan kepada si anak tadi untuk keperluan pembesaran tulang, gigi dan pembentukan darah. Begitu juga dengan pembesaran anak yang memerlukan zat besi, semua vitamin B dan vitamin2 lain. Jika si ibu tadi kurang mengambil makanan yang mengandungi zat ini maka ianya akan diserap melalui zat yang sedia ada dalam badan ibu.

Apabila si ibu tadi tidak dapat menggantikan semula zat yang diserap untuk penghasilan susu si kecil tadi maka ia akan mengganggu kesihatan itu dalam jangka panjang dan lahirlah simpton2 di atas seperti yang telah dinyatakan.

Apabila simpton2 di atas ini berlarutan, ia akan sedikit sebanyak akan mengganggu kesihatan optimum si ibu. Jika si ibu mengalami gangguan kesihatan maka penghasilan susu akan sedikit terjejas.

Ada sesetengah doc yang pro breastfeeding, akan menggalakkan si ibu mengambil supplement untuk mengatasi masalah di atas dari berlarutan.
Pengambilan supplement adalah sebagai satu alternatif yang boleh dilakukan oleh si ibu seandainya pengambilan makanan sehariannya tidak seimbang.

Contohnya, pengambilan Vitamin B. Penyusuan memerlukan vitamin B yang lengkap serta galian yang diperlukan demi memastikan badan si ibu tidak mudah letih dan sentiasa bertenaga. Kekurangan zat dalam pengambilan makanan seharian boleh menyebabkan si ibu mudah pengsan atau pitam. Jika anda seorang yang mudah penat, kuat cemburu, mudah marah, mudah merajuk, mudah naik angin maka ini menandakan badan anda memerlukan vitamin B yang lengkap melebihi dari orang normal. Ini disebabkan zat dalam badan yang diserap untuk menghasilkan susu tidak diganti dengan kadar yang betul.


Doa, doa, doa

Doa adalah senjata bagi orang-orang Muslim. Apa kaitan doa dengan penyusuan?
Susuibu adalah satu rezeki. Rezeki yang Allah bagi melalui badan seorang ibu sebagai makanan kepada anak-anak mereka. Kadang-kadang kita percaya atas usaha kita tapi terlupa yang memberi rezeki susu itu adalah datangnya dari Allah Ta’ala. Susuibu yang menjadi makanan kepada perut anak kita adalah hanya dengan kurnianNya.

Oleh itu, sentiasalah berdoa kepada Allah semoga Allah mempermudahkan niat suci kita untuk menyusukan anak kita. Doa juga bukan sahaja ketika susu kita merudum tetapi dikala susu kita banyak pun kita mesti berdoa supaya ianya kekal begitu sentiasa dan sebagai tanda kita bersyukur atas kurniaan nikmatNya.


*********************

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan... AMIN

Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi. Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun..

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.


*********************




=========================
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor,

Nida Husnan
SID : 888845
tel : 019-2662359
email : nidahusnan@yahoo.com
=========================



No comments:

Post a Comment

jangan segan silu tinggalkan komen anda.. terima kasih..