Pages

Friday 5 September 2014

:: Hidden Hunger ::





NUTRISI DAN KESIHATAN   

Satu kajian mengenai nutrisi dan kesihatan dijalankan di Asia Tenggara, dan hasilnya menunjukkan terdapat kekurangan nutrisi yang agak kritikal dalam kalangan kanak-kanak bawah umur 12 tahun.

Kajian itu membabitkan lebih 16,500 kanak-kanak berumur antara enam bulan dan 12 tahun dari Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia.






Kajian itu selama dua tahun itu baru sahaja tamat dan ia menumpukan perhatian terhadap isu-isu kesihatan yang penting di negara ini dikenali sebagai 'lapar tersembunyi' (hidden hunger).
   
       
LAPAR TERSEMBUNYI
   
Para penyelidik menggunakan istilah 'lapar tersembunyi’ bagi menterjemahkan kekurangan nutrisi yang tidak boleh dilihat dengan mudah.

Kanak-kanak mungkin nampak seperti sihat atau terlebih makan, tetapi mereka mungkin tidak mendapat nutrisi yang diperlukan oleh badan seperti vitamin D dan kalsium, yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.


IMPLIKASI

Di Malaysia, data dikutip antara Mei 2010 dan Oktober 2011 di enam kawasan iaitu bahagian utara, tengah, selatan dan pantai timur Semenanjung dan kawasan-kawasan di Sabah dan Sarawak.

Hasil data menunjukkan bahawa implikasi daripada 'lapar tersembunyi' dan kekurangan nutrisi yang berpanjangan adalah serius.

Di Malaysia, 50 peratus daripada kanak-kanak tidak mendapat jumlah vitamin D yang mencukupi untuk tubuh mereka, berdasarkan Pengambilan Nutrien Yang Dicadangkan (RNI) bagi negara ini, seperti yang disyorkan oleh pihak berkuasa kesihatan Malaysia.

Kanak-kanak juga mengalami kekurangan kalsium.

Sebanyak 50 peratus kanak-kanak tidak mengambil jumlah kalsium yang secukupnya.

Menurut hasil kajian itu juga, satu daripada setiap 10 kanak-kanak di kawasan bandar di Malaysia menunjukkan tanda-tanda kekurangan nutrisi berdasarkan nisbah berat badan dan umur.

Peratus kanak-kanak luar bandar yang mengalami kekurangan nutrisi adalah sedikit rendah daripada jumlah yang ditetapkan.

Adalah tidak begitu mahal untuk makan makanan yang sihat. Malahan memakan pelbagai jenis makanan adalah penting dan ini termasuk ikan dan sayur. Susu juga amat penting.


PENGAMBILAN KALSIUM
   
Kalsium dan vitamin D adalah perlu untuk perkembangan fizikal. Ia juga penting untuk tulang yang sihat.

Pengambilan nutrien yang tidak mencukupi akan menganggu perkembangan minda dan keupayaan intelektual kanak-kanak. Ini seterusnya akan menghalang kanak-kanak daripada melalui pertumbuhan fizikal yang sempurna.

Bagi setiap 10 kanak-kanak, seorang kanak-kanak di Malaysia tidak mempunyai pertumbuhan fizikal yang baik.

Manakala seorang daripada lima kanak-kanak menghadapi masalah terlebih nutrisi.

Ibu bapa dinasihati agar mengajar anak mereka untuk memakan makanan yang sihat, bagi memastikan pengambilan nutrisi yang mencukupi untuk badan mereka.

Secara ini, pertumbuhan fizikal mereka tidak akan terjejas, katanya. 


PENGUKURAN PERTUMBUHAN
   
Sememangnya menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan pengambilan nutrisi yang diperlukan oleh badan anak mereka adalah mencukupi.

Langkah mengambil dua gelas susu setiap hari sememangnya amat digalakkan bagi kanak-kanak yang masih bersekolah.

Ibu bapa hendaklah memberi perhatian kepada keperluan nutrisi anak kerana ia amat penting. Susu juga adalah penting kerana ia pelengkap makanan.

Susu penting untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Pengambilan makanan mengikut diet seimbang adalah juga penting. Tabiat baik berhubung dengan pengambilan makanan hendaklah dididik kepada kanak-kanak sebelum mereka berumur 10 tahun. 

Untuk mengelak daripada pertumbuhan dan kecerdasan yang terbantut, ibu bapa diingatkan agar melihat kepada keperluan nutrisi anak yang sedang membesar. Ibu bapa tidak sepatutnya berkompromi berhubung dengan makanan. 

Kanak-kanak memerlukan vitamin D, zat besi dan mineral yang lain untuk menjadikan mereka lebih kuat dan tidak mudah terkena penyakit seperti demam biasa.

Kekurangan nutrisi boleh mendedahkan kepada satu masalah dan membantutkan perkembangan kanak-kanak, yang tidak dapat dikembalikan semula. Nutrisi yang mencukupi dan sempurna diperlukan untuk kesejahteraan kanak-kanak.





***************










15 Kebaikan mealshake untuk kanak-kanak yang ibu patut tahu adalah:
  1. Kurangkan Ekzema
  2. Untuk Tumbesaran
  3. Untuk Perkembangan Minda
  4. Untuk Tingkatkan Selera Makan anak
  5. Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
  6. Untuk Anak kekal aktif
  7. Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
  8. Meningkatkan berat badan anak
  9. Membantu anak fokus
  10. Membantu kurangkan kekerapan asthma
  11. Mengatasi masalah sembelit pada anak
  12. Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  13. Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
  14. Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
  15. Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu


=========================
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor,

Nida Husnan
SID : 888845
tel : 019-2662359
email : nidahusnan@yahoo.com
=========================


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.






No comments:

Post a Comment

jangan segan silu tinggalkan komen anda.. terima kasih..