SIHAT sepatutnya
menjadi matlamat utama dalam usaha menguruskan berat badan dan bukanlah rupa
yang cantik semata. KESIHATAN itu lebih mahal harganya. Meh kite cuba petua-petua untuk menurunkan berat badan.
Petua pertama :
Mengelakkan makan
makanan ringan (junk food) seperti kerepek, biskut, jajan-jajan dan
sebagainya.Ini adalah kerana makanan ringan ini tidak mengandungi sebarang
khasiat yang lengkap untuk tubuh badan anda dan hanya mengandungi karbohidrat
dengan kalori berlebihan disamping pelbagai pengawet dan perasa tiruan yang
merbahaya untuk kesihatan.
Petua kedua :
Makan makanan
karbohidrat yang tinggi dengan kandungan serat atau fiber seperti roti berserat
penuh (wholemeal), beras perang, oat dan sebagainya.Karbohidrat jenis ini
adalah berglisemik indeks rendah. Ambil makanan yang berkarbohidrat seperti
nasi dalam jumlah yang terkawal bergantung kepada aktiviti fizikal dan makanlah
nasi atau roti dengan sayuran dan ulam-ulaman yang banyak.
Petua ketiga :
Pengambilan protein
sihat iaitu ‘protein putih’. Kurangkan
sumber ‘protein merah’ seperti daging yang kaya dengan lemak tepu. Makanan
tinggi protein putih seperti ikan, tauhu, tempe , telur, udang atau sotong.
Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita seperti dari sumber
kekacang.
Petua keempat :
Makan banyak
buah-buahan.Seperti yang kita ketahui buah-buahan mempunyai pelbagai khasiat
anti oksidan, mineral dan vitamin untuk tubuh badan anda. Disamping itu
buah-buahan juga amat kaya dengan serat atau fiber walaupun rasanya manis, ia
mempunyai indeks glisemik yang rendah. Jadi amalkan makan buah-buahan sebelum
makan terutamanya buah-buahan seperti jambu batu, mangga, limau, oren, epal,
betik, belimbing dan sebagainya. Buah-buahan yang berglisemik indeks tinggi
perlu dimakan sedikit sahaja seperti buah durian, pisang, anggur, kurma,
tembikai dan sebagainya.
Petua kelima :
Apabila kita makan
sarapan, tengahari dan malam pastikan menu makanan yang betul. Jangan berlapar
dan meninggalkan makan. Pastikan setiap makanan atau menu yang di ambil
mengandungi gizi yang seimbang iaitu lengkap dengan karbohidrat, lemak, protin,
serat dan air.
Petua keenam :
Banyakkan minum air
kosong atau air mineral. Air kosong membantu membakar kalori berlebihan dalam
badan kerana ia adalah berkalori kosong dan ia memerlukan kalori untuk diproses
dalam tubuh manusia. Kesannya ialah ia akan menjadikan air sebagai ‘negatif
kalori’. Sentiasa minum air kosong dan amalkan 8 gelas air kosong sehari.
Elakkan minuman manis dan berkarbonat kerana gula dalam minuman mempunyai
kalori yang tinggi dan indeks glisemik yang tinggi.
Petua ketujuh :
Amalkan pengambilan
suplemen seperti multivitamin , vitamin C, vitamin E , anti oksidan, omega 3,
mineral kalsium, magnesium, zink, chromium, selenium dan lain-lain. Ini
membantu mengekalkan sistem metabolisma tubuh ketahap yang optimum. Banyak
kajian telah membuktikan pengambilan suplemen seperti omega 3 boleh menurunkan
berat badan. Pengambilan supplemen penting untuk kesihatan yang baik.
Petua kelapan :
Pengambilan probiotik
secara kerap. Probiotik akan membantu membekalkan bakteria baik dalam usus yang
membantu penghadaman yang lebih baik dan meningkatkan imuniti. Pelbagai jenis
minuman dangan kultur hidup terdapat dipasaran sekarang yang kaya dengan
probiotik.
Mudah-mudahan dengan tip-tip yang diberikan di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda memiliki berat badan yang ideal untuk tubuh anda. Ada satu lagi petua ‘makan’ untuk menurunkan berat badan anda iaitu ‘makan masa’.
Bersabar &
konsisten adalah kunci untuk menurunkan berat badan.
No comments:
Post a Comment
jangan segan silu tinggalkan komen anda.. terima kasih..