Pages

Saturday, 27 September 2014

:: Kebaikan penyusuan Ibu ::


Kebaikan penyusuan ibu kepada ibu dan bayi anda




Seronok kan kalau dapat pam EBM banyak ni.. memang puas hati..



Dengan mengamalkan pengambilan supplement membantu ibu-ibu berada ditahap kesihatan yang optimum & bertenaga sepanjang hari. Ini dapat membantu menghasilkan EBM yang konsisten.






Friday, 26 September 2014

:: Masalah penyusuan susu ibu ::


Penyusuan ibu adalah proses semulajadi. Walau bagaimanapun dalam 2 minggu pertama, penyusuan mungkin sukar bagi ibu terutama jika ini adalah pengalaman pertama anda.

Berikut adalah beberapa masalah biasa yang dialami oleh sesetengah ibu :
  • Kebengkakkan payu dara
  • Puting melecet
  • Tidak cukup susu

Kebengkakkan payu dara

Sebab-sebab:

Kebengkakkan payu dara adalah disebabkan peningkatan isipadu susu yang mengakibatkan kongesi salur darah di dalam payu dara. Ia berlainan dengan kepadatan payu dara. Payu dara yang padat masih boleh ditekan, lembut dan fleksibel.

Tanda-tanda dan gejala:
  • Tanda-tanda kebengkakkan payu dara:
  • Payu dara menjadi keras dan sakit, kelihatan berkilat.
  • Bahagian areola kelihatan pejal.

Komplikasi/kesan sampingan:

Kebengkakkan payu dara boleh menyebabkan:
  • Kesukaran untuk bayi menyusu
  • Kesukaran untuk mengeluarkan susu

Rawatan:
  • Perkara- perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kebengkakkan payu dara:
  • Jangan berhentikan penyusuan.
  • Periksa jika anda menggunakan teknik yang betul. Betulkan jika salah.
  • Susukan bayi anda dengan kerap.
  • Sebelum penyusuan dimulakan, keluarkan sedikit susu untuk melembutkan payu dara supaya mudah untuk bayi menghisapnya.
  • Selepas penyusuan, jika payu dara masih bengkak, keluarkan susu yang ada.
  • Tuam payu dara dengan menggunakan tuala dan air suam untuk melancarkan pengaliran susu.
  • Gunakan tuaman sejuk di antara penyusuan untuk mengurangkan sakit dan kebengkakkan.

Pencegahan :

Kebengkakkan payu dara boleh dielakkan dengan:
  • Menyusukan bayi dengan kerap, sekurang-kurangnya 10-12 kali sehari.
  • Teknik penyusuan yang betul.

Puting melecet

Sebab-sebab:
  • Meletakkan bayi dalam posisi yang salah.
  • Teknik penyusuan yang tidak betul.
  • Penjagaan puting yang tidak betul.
  • Faktor-faktor lain;
  • Ekzema puting: Apabila ekzema berlaku, puting menjadi merah kehitaman, gatal, meleleh dan bengkak.
  • Seriawan: Jangkitan kulat disebabkan oleh Candida Albicaus juga boleh menyebabkan puting melecet. Ia bermula dengan rasa sakit, gatal dan pedih. Puting akan bertukar warna dari merah jambu ke merah.

Rawatan
  • Jangan hentikan penyusuan
  • Periksa samada anda menggunakan teknik yang betul semasa melekapkan bayi ke payu dara. Lakukan teknik yang betul jika salah.
  • Perahkan sedikit susu dan sapukan pada puting. Ini boleh memulihkan puting yang melecet.
  • Tidak perlu gunakan losyen.
  • Sekiranya tiada perubahan, jumpa doktor untuk memastikan samada terdapat jangkitan kulat atau ekzema.

Pencegahan
  • Pastikan posisi ibu dan teknik meletakkan bayi ke payu dara adalah betul.
  • Jangan menggunakan pelindung plastik pada payu dara kerana bahan tersebut tidak meresap peluh.
  • Elakkan menggunakan coli yang diperbuat dari bahan sintetik kerana ia meningkatkan perpeluhan dan kurang aliran udara.
  • Bersihkan payu dara dengan air sahaja, jangan guna sabun kerana boleh mengeringkan kulit.

Tidak cukup susu??

Tidak cukup susu adalah alasan yang sering diberikan oleh ibu untuk berhenti menyusukan bayi atau menambahkannya dengan susu botol Kerap kali ini adalah tidak benar . Penghasilan susu ibu akan berkurangan disebabkan oleh kurang stimulasi akibat perkara-perkara berikut :
  • Ibu tidak membenarkan bayi menyusu seberapa kerap dan mengikut kehendak bayi.
  • Bayi tidak melekap dengan betul dan bayi tidak dapat menyusu dengan berkesan.
  • Ibu berhentikan penyusuan di waktu malam lebih awal.
  • Ibu memberikan makanan lain atau susu botol lebih awal.
  • Ibu menyusukan bayinya dengan sebelah payudara sahaja.
  • Ibu kurang yakin dengan kebolehannya untuk menyusukan bayi.
  • Ibu mengalami tekanan emosi.

Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah tidak cukup susu :
  • Susukan bayi sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi.
  • Pastikan masa antara penyusuan tidak melebihi 2 jam.
  • Pastikan bayi melekap dengan betul.
  • Menyusu dari kedua-dua belah payu dara.
  • Perbaiki pengambilan makanan anda. Makan makanan yang tinggi protein seperti ikan, ayam, daging, telur kekacang dan makanan yang tinggi vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Yakin pada diri sendiri . Anda boleh menyusukan anak anda.
  • Dapatkan rehat secukupnya dan cuba bertenang semasa menyusukan bayi.

Untuk memastikan bayi anda mendapat cukup susu, perhatikan tanda-tanda berikut :
  • Bayi menyusu sekurang -kurangnya 8 kali dalam masa 24 jam.
  • Corak penyusuan bayi berubah-ubah, ibu boleh mendengar atau melihat bayi menelan.
  • Bayi mempunyai otot yang pejal dan kulit yang sihat.
  • Bayi membuang air kecil sebanyak 6 kali atau lebih, air kecil berwarna kekuningan dan membuang air besar berwarna kekuningan 3 ke 8 kali dalam masa 24 jam.
  • Berat badan bayi meningkat secara konsisten selepas berumur satu minggu dan mengikut graf pertumbuhan.
  • Payudara anda mungkin rasa ringan selepas menyusu atau susu meleleh keluar dari payudara yang sebelah apabila bayi menyusu pada yang sebelah lagi.
  • Bayi cergas dan kelihatan puas antara penyusuan.

Thursday, 25 September 2014

:: Kebaikan dan kegunaan HALIA ::





Halia bukanlah asing kepada masyarakat dunia. Sama ada dalam kaedah tradisional ataupun moden, halia mempunyai manfaat tersendiri yang diakui kebaikan dan khasiatnya terhadap kesihatan manusia.

Halia memang tidak asing kepada kita semua, banyak masakan dan hidangan yang menggunakan halia. Tapi tahukah anda,halia juga banyak khasiat untuk kesihatan kita antaranya merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.

Sebenarnya halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik. walaupun ianya bersifat panas dan juga lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut, membuka hati yang tersumbat akibat hawa dingin dan lembap. Halia juga meningkatkan kekuatan seks dan mengatasi angin duduk yang berlaku pada usus dan perut.

Umumnya, halia amat baik untuk menstabilkan hati dan perut yang dimasuki angin. Halia yang di campur dengan dua sudu gula dan sedikit air panas berfungsi sebagai julap dan boleh membebaskan tubuh dari toksin yang berbahaya. Halia juga amat berkesan untuk melarutkan lendir dalam badan.

Saya nak kongsikan cara mudah untuk buat air halia – Ambil segelas air panas dan dicampur beberapa hirisan atau satu sudu halia yg diparut dan satu sudu madu.

Allah s.w.t berfirman, “Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil(Halia).” (Surah Al-Insan : 17).





******************

Memperkenalkan Peppermint Ginger Plus daripada Shaklee.. Cara mudah untuk mendapatkan kebaikan halia.







=========================
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor,

Nida Husnan
SID : 888845
tel : 019-2662359
email : nidahusnan@yahoo.com
=========================


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.






Wednesday, 24 September 2014

:: Tips menjayakan penyusuan susu Ibu ::


Bagi ibu-ibu yang baru memasang niat untuk menyusukan anak selama 2 tahun atau yang baru terdedah kepada dunia penyusuan, ada beberapa prinsip asas yang perlu ibu-ibu tahu dan kena amalkan sekiranya ingin berjaya dalam penyusuan.

Prinsip Asas Bagi Menjayakan Penyusuan adalah :

Kekerapan penyusuan (SUPPLY & DEMAND)

Bagi ibu yang tidak bekerja mungkin tidak punya banyak masalah untuk memastikan kekerapan penyusuan namun bagi ibu yang bekerjaya serta ibu yang exclusively pumping memerlukan disiplin yang ketat dalam jadual pengepaman.

Perlu diingat: KEKERAPAN MENYUSU AKAN MENGHASILKAN LEBIH BANYAK SUSU.
Maka bagi ibu2 yang mengepam pastikan kalian punya jadual mengepam yang tetap dan disiplin. Makanlah dengan banyak hatta ditambah dengan supplement tetapi jika proses stimulasi (melalui hisapan ataupun mengepam) tidak berlaku maka ransangan untuk badan menghasilkan susu dengan banyak tidak akan berlaku. Mengepam susu DENGAN KONSISTEN, sangat membantu dalam pengeluaran susu yg stabil.


Kesedaran dari dalam diri sendiri bukan ikut-ikutan.

Ibu-ibu yang memasang niat untuk memberikan penyusuan penuh kepada anak-anak mereka perlu ada ilmu tentang penyusuan. Ini adalah penting kerana sekiranya ibu-ibu hanya terikut-ikut dengan keadaan semasa atau pengaruh sekelilingnya sahaja dibimbangi akan menyebabkan perjalanan penyusuan terkandas ditengah jalan kerana tidak tahan cabaran.

Kesedaran tentang kepentingan penyusuan mesti datang dari dalam diri ibu-ibu sendiri barulah walau apa pun rintangan yang datang , insyaAllah, si ibu akan kekal dan tetap beristiqamah.


Fikiran yang Positif.

Pentingkah fikiran yang positif? Ya, memang penting…. dan sangat membantu seseorang untuk mencapai kejayaan dalam apa yang di usahakannya. Fikirkan boleh, pasti boleh. Ianya juga dikatakan satu doa dan apa yang kita fikirkan akan membuatkan satu aura baik yang pada persekitaran kita. Cuba jauhkan fikiran yang negatif.

Ada pendapat mengatakan bahawa orang yang berfikiran positif ini ialah orang yang ceria, sentiasa yakin dengan diri sendiri dan tidak mudah mengalah. Sama keadaan dengan ibu yang menyusukan anak.. jika anda mempunyai sifat ini maka insyaAllah penyusuan selama 2 tahun akan dapat dicapai.


Minum Air Dengan Banyak

Saya sudah berjumpa dengan ramai ibu-ibu yang mengeluh apabila penyusuan anak2 mereka hanya bertahan selama 3 atau 4 bulan sahaja. Saya tanya kenapa? Dan kebanyakkan jawapan yang saya dapat adalah kerana susu kering atau susu sedikit menyebabkan anak2 mereka menangis macam tak puas menyusu.

Memang kita selalu dimomokkan dengan bayi akan lapar kerana susu ibu sahaja tak cukup untuk keperluan bayi. Sebab tu kita mudah nak top up susuibu dengan susu formula. Tapi kalau kita tengok zaman tok nenek kita dulu, masa susu formula belum ada, apa yang tok nenek kita bagi pada anak-anak mereka? Susuibu juga, kan? Ada tak mereka cakap susu tak cukup kena top up dengan air lain.. tak, kan? Susuibu jugalah yg diberi. Cukup atau tak cukup? dan ianya memang cukup.

Kenapa bayi akan tidur lebih lama jika diberi susu formula? Ini adalah kerana tekstur susu formula itu sendiri yang tidak mudah dihadam oleh perut bayi yang masih baru. Ini bermakna enjin pencernaan bayi perlu berkerja dengan lebih kuat bagi mencernakan susu formula ini dan proses pencernaan ini mengambil masa yang lama. Oleh kerana itulah yang menyebabkan bayi tidur lebih lama dan kurang menyusu kerana kekenyangan. Padahal kita tahu dan nurse2 kat hospital pun selalu bagitau yang bayi kena kerap menyusu bagi memastikan tubuh badannya sihat dan cukup keperluan zat bukan tidur jer sepanjang masa.

Ok, berbalik kepada isu air tadi, susu anda kering atau sedikit kerana anda consume air dlm kuantiti yang sedikit. Maksudnya, keperluan air untuk menjanakan susuibu dengan banyak adalah tidak mencukupi.

Tahukah anda 90% kandungan badan kita terdiri dari air? Kalau kita tak minum air dengan banyak , darah tidak berjalan dengan lancar, bila darah tidak berjalan dengan lancar akan merencatkan sistem aliran darah ke otak, ke jantung dan ke mana-mana bahagian organ penting yang lain serta ianya juga akan merendahkan kadar metabolisme badan kita. Justeru itu, susuibu yang kandungan utamanya juga air tidak dapat dijanakan dan akhirnya menyebabkan susuibu menjadi sedikit.

Cuba check, masa kita menyusukan anak kita sekerat jalan hari tu..berapa banyak air kita minum? 3 gelas? 5 gelas? 8 gelas? Bukan ibu-ibu…

Ibu-ibu yang nak menyusukan anak perlu minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari.


Menjaga pemakanan

Menjaga pemakanan termasuklah dengan pengambilan air yang selari dengan keperluan tubuh. Ibu yang menyusukan anaknya perlu memastikan pengambilan makanan hariannya mengandungi semua zat yang lengkap dan diperlukan oleh si anak yang menyusu tadi.

Seorang ibu itu dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh anak susuannya melalui susuibu walaupun si ibu itu hanya mengamalkan makanan harian utama iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Ini kerana semua makanan yang diambil oleh si ibu tadi akan dikhususkan untuk menghasilkan susuibu manakala nutrien akan diserap melalui badan si ibu itu sendiri dalam penghasilan susuibu.

Walau bagaimanapun si ibu tadi diwajibkan memastikan pengambilan makanan harian yang seimbang iaitu perlunya kehadiran zat2 penting seperti zat besi, protien, vitamin C, Vitamin B , kalsium serta banyak lagi dalam makanan yang diambil.

Pentingkah makanan yang seimbang?
Makanan yang seimbang dan lengkap dengan zat yang diperlukan sangat penting dalam memastikan badan si ibu sihat dan terus dapat menghasilkan susu dengan baik.
Jika si ibu tidak mengambil makanan yang seimbang, kebarangkalian bagi si ibu tadi mendapat kesan yang berikut:
  • Mudah keletihan.. awal tidur tetapi masih susah untuk bangkit dari tidur.
  • Mood yang tidak stabil (mood swing). Mudah marah dan sensitif.
  • Muka kelihatan pucat.
  • Mudah rasa nak pitam atau pening kepala.
  • Kulit wajah yang kusam.
  • Wajah nampak tua dari umur sebenar.
  • Sakit2 sendi, sakit pinggang, sakit belakang
  • Kaki mudah rasa bisa dan sesemut atau nama lainnya kebas2, tumit kaki yang keras.
  • Keguguran rambut yang teruk.
  • Keinginan seks yang menurun.
  • Sakit gigi.

Kita perlu tahu mengapakah simpton2 di atas boleh berlaku? Ini kerana zat yang diperolehi dari pengambilan makanan harian lebih tertumpu untuk penghasilan susuibu. Jika si ibu tidak mengambil makanan tenusu seperti susu dalam meal harian, maka kalsium dalam badan ibu itu sendiri akan diserap bagi disalurkan kepada si anak tadi untuk keperluan pembesaran tulang, gigi dan pembentukan darah. Begitu juga dengan pembesaran anak yang memerlukan zat besi, semua vitamin B dan vitamin2 lain. Jika si ibu tadi kurang mengambil makanan yang mengandungi zat ini maka ianya akan diserap melalui zat yang sedia ada dalam badan ibu.

Apabila si ibu tadi tidak dapat menggantikan semula zat yang diserap untuk penghasilan susu si kecil tadi maka ia akan mengganggu kesihatan itu dalam jangka panjang dan lahirlah simpton2 di atas seperti yang telah dinyatakan.

Apabila simpton2 di atas ini berlarutan, ia akan sedikit sebanyak akan mengganggu kesihatan optimum si ibu. Jika si ibu mengalami gangguan kesihatan maka penghasilan susu akan sedikit terjejas.

Ada sesetengah doc yang pro breastfeeding, akan menggalakkan si ibu mengambil supplement untuk mengatasi masalah di atas dari berlarutan.
Pengambilan supplement adalah sebagai satu alternatif yang boleh dilakukan oleh si ibu seandainya pengambilan makanan sehariannya tidak seimbang.

Contohnya, pengambilan Vitamin B. Penyusuan memerlukan vitamin B yang lengkap serta galian yang diperlukan demi memastikan badan si ibu tidak mudah letih dan sentiasa bertenaga. Kekurangan zat dalam pengambilan makanan seharian boleh menyebabkan si ibu mudah pengsan atau pitam. Jika anda seorang yang mudah penat, kuat cemburu, mudah marah, mudah merajuk, mudah naik angin maka ini menandakan badan anda memerlukan vitamin B yang lengkap melebihi dari orang normal. Ini disebabkan zat dalam badan yang diserap untuk menghasilkan susu tidak diganti dengan kadar yang betul.


Doa, doa, doa

Doa adalah senjata bagi orang-orang Muslim. Apa kaitan doa dengan penyusuan?
Susuibu adalah satu rezeki. Rezeki yang Allah bagi melalui badan seorang ibu sebagai makanan kepada anak-anak mereka. Kadang-kadang kita percaya atas usaha kita tapi terlupa yang memberi rezeki susu itu adalah datangnya dari Allah Ta’ala. Susuibu yang menjadi makanan kepada perut anak kita adalah hanya dengan kurnianNya.

Oleh itu, sentiasalah berdoa kepada Allah semoga Allah mempermudahkan niat suci kita untuk menyusukan anak kita. Doa juga bukan sahaja ketika susu kita merudum tetapi dikala susu kita banyak pun kita mesti berdoa supaya ianya kekal begitu sentiasa dan sebagai tanda kita bersyukur atas kurniaan nikmatNya.


*********************

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan... AMIN

Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi. Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun..

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.


*********************




=========================
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor,

Nida Husnan
SID : 888845
tel : 019-2662359
email : nidahusnan@yahoo.com
=========================



Tuesday, 23 September 2014

:: Petua makan untuk KURUS dan SIHAT ::



SIHAT sepatutnya menjadi matlamat utama dalam usaha menguruskan berat badan dan bukanlah rupa yang cantik semata. KESIHATAN itu lebih mahal harganya. Meh kite cuba petua-petua untuk menurunkan berat badan.

Petua pertama :
Mengelakkan makan makanan ringan (junk food) seperti kerepek, biskut, jajan-jajan dan sebagainya.Ini adalah kerana makanan ringan ini tidak mengandungi sebarang khasiat yang lengkap untuk tubuh badan anda dan hanya mengandungi karbohidrat dengan kalori berlebihan disamping pelbagai pengawet dan perasa tiruan yang merbahaya untuk kesihatan. 





Petua kedua :
Makan makanan karbohidrat yang tinggi dengan kandungan serat atau fiber seperti roti berserat penuh (wholemeal), beras perang, oat dan sebagainya.Karbohidrat jenis ini adalah berglisemik indeks rendah. Ambil makanan yang berkarbohidrat seperti nasi dalam jumlah yang terkawal bergantung kepada aktiviti fizikal dan makanlah nasi atau roti dengan sayuran dan ulam-ulaman yang banyak. 





Petua ketiga :
Pengambilan protein sihat  iaitu ‘protein putih’. Kurangkan sumber ‘protein merah’ seperti daging yang kaya dengan lemak tepu. Makanan tinggi protein putih seperti ikan, tauhu, tempe , telur, udang atau sotong. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita seperti dari sumber kekacang.





Petua keempat :
Makan banyak buah-buahan.Seperti yang kita ketahui buah-buahan mempunyai pelbagai khasiat anti oksidan, mineral dan vitamin untuk tubuh badan anda. Disamping itu buah-buahan juga amat kaya dengan serat atau fiber walaupun rasanya manis, ia mempunyai indeks glisemik yang rendah. Jadi amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti jambu batu, mangga, limau, oren, epal, betik, belimbing dan sebagainya. Buah-buahan yang berglisemik indeks tinggi perlu dimakan sedikit sahaja seperti buah durian, pisang, anggur, kurma, tembikai dan sebagainya.






Petua kelima :
Apabila kita makan sarapan, tengahari dan malam pastikan menu makanan yang betul. Jangan berlapar dan meninggalkan makan. Pastikan setiap makanan atau menu yang di ambil mengandungi gizi yang seimbang iaitu lengkap dengan karbohidrat, lemak, protin, serat dan air.





Petua keenam :
Banyakkan minum air kosong atau air mineral. Air kosong membantu membakar kalori berlebihan dalam badan kerana ia adalah berkalori kosong dan ia memerlukan kalori untuk diproses dalam tubuh manusia. Kesannya ialah ia akan menjadikan air sebagai ‘negatif kalori’. Sentiasa minum air kosong dan amalkan 8 gelas air kosong sehari. Elakkan minuman manis dan berkarbonat kerana gula dalam minuman mempunyai kalori yang tinggi dan indeks glisemik yang tinggi.




Petua ketujuh :
Amalkan pengambilan suplemen seperti multivitamin , vitamin C, vitamin E , anti oksidan, omega 3, mineral kalsium, magnesium, zink, chromium, selenium dan lain-lain. Ini membantu mengekalkan sistem metabolisma tubuh ketahap yang optimum. Banyak kajian telah membuktikan pengambilan suplemen seperti omega 3 boleh menurunkan berat badan. Pengambilan supplemen penting untuk kesihatan yang baik.




Petua kelapan :
Pengambilan probiotik secara kerap. Probiotik akan membantu membekalkan bakteria baik dalam usus yang membantu penghadaman yang lebih baik dan meningkatkan imuniti. Pelbagai jenis minuman dangan kultur hidup terdapat dipasaran sekarang yang kaya dengan probiotik.


                                       
Mudah-mudahan dengan tip-tip yang diberikan di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda memiliki berat badan yang ideal untuk tubuh anda. Ada satu lagi petua ‘makan’ untuk menurunkan berat badan anda iaitu ‘makan masa’. 

Bersabar & konsisten adalah kunci untuk menurunkan berat badan.


Monday, 22 September 2014

:: kaitan protein dengan berat badan? ::



Makan secara sihat dan mengekalkan diet seimbang adalah beberapa perkara yang kita lakukan setiap hari untuk menjadikan kita sihat lagi cergas. Diet seimbang di segi nutrien bererti memberikan tubuh kita jumlah protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral yang cukup demi mengekalkan kesihatan yang baik dan juga berat badan yang sihat.

Sekali lagi Protein merupakan keperluan dalam mencapai kesihatan optimum dan pengurusan berat badan yang betul.

Anda mungkin tertanya-tanya, apa kaitan protein dengan berat badan? Pertama, anda perlu tahu bahawa pengurusan berat badan yang betul memerlukan tiga komponen: makan secara sihat, bersenam, dan suplementasi yang betul untuk tubuh mendapatkan nutrien yang diperlukannya.

Berikutnya ialah, memahami peranan yang dimainkan oleh protein yang boleh menyumbang kepada pencapaian matlamat berat badan yang diinginkan. Ini adalah kerana protein yang cukup boleh melengkapkan pengambilan nutrisi anda, dan membantu mencapai penurunan berat badan yang selamat di samping mengekalkan tubuh yang sihat.

Semua orang memerlukan protein dalam diet, tetapi ramai orang mengambil protein kurang daripada jumlah yang diperlukan oleh tubuh pada setiap hari. Untuk atlet befokus ketahanan dan juga kekuatan, keperluan ke atas protein malah lebih penting bagi membantu membina dan mengekalkan jisim otot tanpa lemak di samping membantu tubuh memulih daripada aktiviti latihan dan pertandingan yang berat.

Bagaimanapun, bukan atlet sahaja yang perlu mengambil protein secara kerap; malah kita semua memerlukannya. Keperluan protein setiap orang bergantung kepada faktor-faktor ini: usia, saiz, tahap aktiviti. Pakar-pakar pemakanan menggunakan kaedah standard untuk menganggarkan keperluan minimum protein seseorang, iaitu mendarabkan berat badan (kg) dengan 0.8, kerana peruntukan dietari yang disyorkan (RDA) di AS untuk protein ialah 0.8 gram setiap kilogram berat tubuh dewasa.





Cinch™ Shake memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda. 

Kelebihan #CinchShake berbanding produk lain:
  • Menyimpan otot yang sedia ada & memelihara otot dari rosak
  • Membakar lemak yang tidak diingini
  • Mengurangi inci yang tidak diingini
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting





=========================
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor,

Nida Husnan
SID : 888845
tel : 019-2662359
email : nidahusnan@yahoo.com
=========================


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.




Sunday, 21 September 2014

:: Cinch Energy Tea Mix : Energy Booster ::


Pernahkah anda rase tak bole kalau tak pekene nescafe dlm sehari.. kadg2 sampai 2 3 cawan sehari.. kalau tak dapat badan rase lesu, ngantuk ngan lemah semacam.. itu dulu, skrg saya bertukar ke #CinchEnergyTeaMix Shaklee.. lebih #Selamat #Semulajadi #Berkesan

Meh kite check antare manfaat Cinch Energy Tea Mix:
  • Sebagai sumber penggalak TENAGA semulajadi
  • Ditambah dengan Taurina yang meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
  • Pilihan alternatif terbaik untuk menggantikan minuman kopi, soda ataupun manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh
  • TANPA GLUTEN, tanpa perisa, pewarna dan bahan PEMANIS TIRUAN
  • Meningkatkan metabolisma





Antara ekstrak utama yang ada dalam CINCH ENERGY TEA MIX 
  1. TAURINA
  2. MATCHA GREEN TEA - Teh Hijau gred tertinggi dari Jepun
  3. RED TEA EXTRACT
  4. WHITE TEA - Teh yang menjalani pemprosesan paling minimum
  5. ROOIBOS RED TEA- tumbuhan herba dari Afrika (dikenali sebagai THE MIRACLES TEA/LONG LIFE TEA)

Tahukah kawan-kawan perbezaan Teh ini dengan teh-teh lain yang anda minum? sebab banyaknya ekstrak dalam ia..

Mari kita bace fungsi-fungsi beberapa ekstrak yang ada dalam teh ini: 

1) MATCHA GREEN TEA
* antioksida yang sangat tinggi
* energy booster
* metabolisme booster
* bakar kalori up to 4x

2) TAURINA
* menggalakkan metabolisme
* lebih bertenaga
* larutkan lemak
* membantu menghasilkan otot tanpa lemak

3) WHITE TEA
* membakar lemak-lemak berlebihan
* menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
* meningkatkan metabolisme
* juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau.

4) ROOIBOS RED TEA
* melarutkan lemak
* meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
* agen detox yang kuat

5) RED TEA
* Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol - pejuang kanser yang kuat
* Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
*merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak




Kebaikan-kebaikan Cinch Energy Tea Mix:

* Peransang tenaga yang selamat dan semulajadi
* Kaya dengan antioksida yang memebantu menghindarkan kanser,menurunkan paras kolestrol dan perlindungan terhadap penyakit jantung
* Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
* Menguatkan tulang
* Antibakteria dan antiviral
* Menggalakkan kulit yang sihat
* Mengurangkan gula dalam darah
* Bantu kurangkan gejala kencing manis
* Baik untuk pencernaan
* Boleh elakkan cirit birit
* Bantu lawan penyakit seperti asthma dengan mengembangkan salur pernafasan.


Sangat menyegarkan bila diminum bersama ais.. fuhhh memang bertenaga terus la.. saya selalu amalkan minum dipagi hari, waktu bulan puasa, memang tak mengantuk seharian di office, jika tidak asyik menguappppp je kan.. Cinch Energy Tea Mix ini termasuk dalam set InchLossPlan, jadi mehla kita bertukar drpd minum nescafe, lagipun nescafe merendahkan metabolisma kita tau..



Campur dengan sedikit madu & letak ais ;-)



Ni saya bancuh dalam bekas air di office



=========================
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor,

Nida Husnan
SID : 888845
tel : 019-2662359
email : nidahusnan@yahoo.com
=========================


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



Saturday, 20 September 2014

:: Ketahui masalah kesihatan melalui jerawat ::



Ketahui masalah kesihatan melalui di mana jerawat anda tumbuh.. 




1 & 2: Jerawat di dahi : Sistem pencernaan

* Minum lebih banyak air untuk membuang toksin. 
* Kurangkan minuman berkabonat.
* 20-30 minit exercise ringan. Mop lantai ke..cuci longkang ke..tenyeh toilet ke..
* Praktik relax untuk atasi stress.
* Dapatkan tidur yang cukup.
* Makan makanan sihat, mengunyah dengan betul dan menyeluruh untuk meningkatkan fungsi pencernaan
* Kurangkan gula
* Semak makanan yang boleh menyebabkan jerawat bertandang.
* Amalkan kebersihan.
* Periksa produk rambut yang boleh menyebabkan iritasi kulit

3: Jerawat di antara kedua alis : Hati

* exercise yang ringan
* Tidur yang cukup
* Hindari alkohol dan merokok
* Kurangi makanan berminyak
* Hindari makanan ringan pada larut malam

4 & 5: Jerawat di luar kawasan mata– Ginjal

* Kurangi makan makanan proses dan makanan segera
* Mengurangi jumlah lemak dalam makana
* Makan makanan yang menyejukkan seperti tembikai, honey dew
* Amalkan kebersihan yang lebih baik, terutama semasa musim panas dan jika Anda memakai make-up dan / atau banyak berpeluh

6: Jerawat di hidung – Jantung

* Kurangi makan makanan pedas (rempah-rempah, bawang putih, dll)
* Hindari makanan berkolesterol tinggiMakan lebih sedikit daging
* Makan sedikit garam
* Makanlah makanan suhu hangat (tidak terlalu dingin atau panas)
* Dapatkan lebih banyak udara segar
* Latihan sehari-hari ( berjalan-jalan,window shopingg..i like!)
* Pastikan anda mendapatkan cukup vitamin B

7 & 8: Jerawat di kuping kiri-kanan : Ginjal

Hentikan minum kopi, alkohol yang menyebabkan tinggi dehidrasi

9 : Jerawat di pipi bahagian kiri

* Pelihara pola hidup sihat
* Be positive
* Makanlah makanan yang menyejukkan seperti labu, kacang hijau
* Jangan makan berlebihan, terutama junk food
* Bersantai. Rehatkan 5minit setiap sejam.
* Amalkan kebersihan, terutama jika anda tinggal di bandar tercemar
* Periksa bahan deterjen yang mungkin mengandung bahan yang mengakibatkan iritasi
* Ganti sarung bantal secara rutin
* Jerawat pipi kiri bawah bisa mewakili kesihatan gigi

10 : Jerawat di pipi bahagian kanan

* Hindari makanan segera dan junk food
* Hindari mangga, talas akar, anggur, dan makanan laut atau makanan lain yang membuat anda sensitive terhadap makanan-makanan tersebut
* Makan sedikit gula
* Dapatkan lebih banyak udara segar
* Paru-paru paling kuat di 7-9 pagi. Ini adalah waktu terbaik untuk latihan aerobik
* Amalkan kebersihan, terutama jika anda tinggal di bandar tercemar
* Periksa bahan deterjen yang mungkin mengandung bahan yang mengakibatkan iritasi
* Ganti sarung bantal secara rutin

11 & 12: Jerawat di sekitar bibir – Gangguan hormon

* Makan lebih banyak serat
* Sertakan lebih banyak buah segar dan sayuran dalam diet Anda
* Makanlah makanan kurang pedas dan goreng
* Urut daerah perut dengan gerakan ikut arah jam

13: Jerawat di dagu – Gangguan perut

* Makanlah makanan berserat, mengurangi kelebihan toksin dan minum teh herbal untuk membantu pencernaan.

14: Jerawat di leher

* Di leher bisa menjadi tanda bahwa tubuh Anda sedang memerangi bakteri untuk menghindari penyakit.
* Berikan istirahat, mengambil kelas yoga, tidur siang, luangkan waktu untuk bernapas dalam-dalam, minum banyak air

15: Di atas bibir

* Menurut dermatologists, daerah ini berhubungan dengan hati, usus dan limpa. Jadi, bintik-bintik di sini mungkin kerana gangguan pada organ-organ tersebut, yang juga dapat muncul sebagai sembelit, pedih hulu hati atau sistem pencernaan terganggu

Belakang badan

Jerawat yang timbul di depan mahupun belakang badan memberi tanda kemungkinan bermasalah kumuhan seperti sembelit. Dinasihatkan makan makanan yang berkhasiat untuk memastikan toksin tersingkir dengan banyak.


Apapun perlu diingatkan bahawa cadangan di atas merupakan saranan yang mungkin tidak sama untuk semua orang. Kulit kita begiru unik dan berbeza.