Pages

Wednesday, 30 September 2015

:: Promosi Shaklee untuk bulan September >> ESP ::




Promosi Shaklee untuk bulan September >> ESP


Promosi yang dinanti-nantikan ni.. best sangat ESP ni, hot selling walau tak ada promosi.. berebut tau kadang-kadang sampai kehabisan stok..


RM0.00 Shaklee: Sep'15 Promo: "B7@6"-ESP(00P209), 
"B2Get5% Off"-ESP(00P229),
"B4@3"-Vita-Lea for Children(00P219). 
Buy it NOW! TQ.


>> ESP : 
- Buy 7 @ 6 price
- Buy 2 with 5% discount

>> Vitalea :
- Buy 4 @ 3 price









Lagi mengenai ESP >> di sini

Jangan risau, jika anda ingin beli sebotol dua, secanister dua pun bole, meh pm/sms/whatsapp saya.. 




=========================
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!

Your Shaklee Independent Distributor,
Nida Husnan
SID : 888845
tel : 019-2662359
email : nidahusnan@yahoo.com
=========================


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.





Sunday, 27 September 2015

:: Kesan kekurangan Vitamin C ::


Gejala Kekurangan Vitamin C





Selain beberapa hal di atas, tubuh yang kekurangan vitamin C juga dapat ditandai oleh gejala seperti berikut ini:

Kekurangan energi yang kronis, kelemahan dan depresi
Kekurangan vitamin C bahkan juga dapat mempengaruhi kekuatan tulang. Tingkat vitamin C yang rendah juga dapat menyebabkan penurunan berat badan secara drastis.

Pendarahan gusi, gigi tanggal, atau gingivitis
Hal ini terjadi karena tubuh kekurangan kolagen yang diperlukan untuk membangun dan memelihara jaringan gigi dan gusi. Vitamin C sangat diperlukan oleh tubuh untuk mensintesis kolagen.

Perubahan suasana hati
Orang yang kekurangan vitamin C, moodnya mudah sekali berubah-ubah, gampang emosi, dan mudah marah.

Kulit memar
Kulit yang mudah memar dan membutuhkan waktu yang lama untuk pulih, bisa menjadi indikasi kekurangan vitamin C. Lambatnya penyembuhan luka ringan secara alami oleh tubuh juga menunjukkan bahwa kadar vitamin C dalam tubuh kurang memadai.

Nyeri sendi
Nyeri sendi atau tungkai yang kronis merupakan tanda-tanda kain yang mengindikasikan bahwa tubuh kekurangan vitamin C. Kadang-kadang penyakit kudis yang parah juga dapat menyebabkan pendarahan di dalam sendi dan menimbulkan rasa sakit yang tak tertahankan.

Anemia
Anemia adalah tanda lain dari kemungkinan kekurangan vitamin C. Orang yang kekurangan vitamin C juga boleh jatuh sakit kerana sistem kekebalan tubuhnya melemah.



Sejauh mana Vitamin C dapat diserap oleh tubuh?

Vitamin C mengambil masa 2-3 jam sebelum ia mencapai tahap maksimum dalam darah. Selepas tempoh tersebut, kandungan vitamin C dalam darah akan mula berkurangan dan seterusnya terhapus melalui air kencing atau peluh. Kebanyakan Vitamin C akan terhapus sepenuhnya selepas 3-4 jam. Oleh kerana itu, Vitamin C perlu diambil setiap hari dan berkadaran, contohnya setiap 4 jam sekali.



Keistimewaan SR Vita C Shaklee

Kelebihan utama vitamin C Shaklee adalah ianya sudah diformulasi dalam bentuk ‘SUSTAINED RELEASE’. Ini bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini ini akan dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat. Ini kerana vitamin C merupakan vitamin larut air. Jika terdapat lebihan vitamin C dalam satu-satu masa, badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing. Jadi, dengan formulasi ‘SUSTAINED RELEASE’ ini, kandungan vitamin C dalam badan dapat dikekalkan secara berterusan.











=========================
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!

Your Shaklee Independent Distributor,
Nida Husnan
SID : 888845
tel : 019-2662359
email : nidahusnan@yahoo.com
=========================


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.





Saturday, 26 September 2015

:: Bioflavonoids benefits : kebaikan bioflavonoids ::


Apa itu Bioflavonoids? Macam pernah dengar kan, tapi di mana ya.. Ya Sustained Release Vita C Plus Shaklee diperkaya dengan BIOFLAVONOIDS. Ianya tidak bisa dibuat oleh tubuh dan harus didapatkan dari makanan.




Apa Manfaat Bioflavonoid?

Bioflavonoid bekerja efektif bersama vitamin C secara mutualisma. Bioflavonoid membantu fungsi vitamin C, sebaliknya bioflavonoid selalu bekerjasama dengan vitamin C. Bioflavonoid, memiliki peranan penting dalam menjaga kekuatan pembuluh darah kapiler dan mengatur permeabilitasnya. Bioflavonoid membantu vitamin C dalam menjaga collagen (perekat antar sel) agar tetap dalam kondisi sehat, membantu penyerapan dan penggunaan vitamin C, mencegah kerusakan vitamin C karena oksidasi, mengurangi hipertensi, mengurangi pendarahan, mencegah kerusakan pembuluh kapiler dan jaringan penghubung, dan membentuk penghalang pelindung terhadap infeksi.


Bahan Makanan Apa yang Mengandung Bioflavonoid?

Bioflavonoid banyak terdapat pada bahan putih tepat di bawah kulit buah citrus. Bioflavonoid juga terdapat dalam lada, anggur, kayu pinus, bawang-bawangan, berry, teh hijau, sorgum, apricot, kedelai, tomat, brokoli, dan lain-lain.


Bahan Apa yang Dapat Mengurangi Bioflavonoid dari Tubuh?

Beberapa bahan dapat menghilangkan bioflavonoid dari tubuh. Salah satunya yang paling buruk adalah asap rokok dan banyak minum alkohol. Aspirin dan beberapa obat penghilang rasa sakit juga dapat membuang bioflavonoid dari tubuh. Demikian pula dengan antibiotik dan cortisone.




********************


Testimoni SR Vita C Plus Shaklee





Lagi testimoni boleh baca di sini..






=========================
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!

Your Shaklee Independent Distributor,
Nida Husnan
SID : 888845
tel : 019-2662359
email : nidahusnan@yahoo.com
=========================


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.




Thursday, 24 September 2015

: Jalan-jalan Terengganu kita ::


Lame tak menjalan-jalankan diri bersama-sama sekeluarga En.Mohd Husnan.. hehe ye ke lame, ye la last same-same gi bercuti ke Cameron Highland tahun lepas, tahun ni berjaya balloting apartment Maybank di Resort World Awana Kijal.. apartment 3 bilik, yang selesa, boleh masak-masak, bole basuh kain, setiap bilik ade aircond, ruang tamu ade aircond.. yang paling best swimming pool die, puas la mandi, sampai anak-anak dah kecut pun diorang tak mahu naik.. dekat ngan pantai tapi tak berani nak mandi, boleh ke pun, katenye tak boleh.. tak pe lah mandi pool pun dah enjoy sangat..

Bertolak 2 kereta lebih kurang pkl 9 dari KL, kitorang sampai dalam pkl 12.15 melalui highway LTP ikut exit Kijal.. sampai-sampai, makan-makan bekalan yang ade, macam-macam gak bawak, nasi lemak ade, sandwich sardin, tempoyak ikan patin (beli kat RnR Temerloh).. siap makan, anak-anak dah tak sabar ajak gi swimming.. pe lagi pkl 3 ptg dah terpacak kat swimming pool, agak panas cuaca, so mandi tempat yang redup jek, syiok sebab tak ramai orang, tapi lebih kurang pkl 4 lebih dah start ramai..

Bermandi-manda sampailah pkl5.30 petang, balik apartment, malam takde aktiviti luar, kite berehat je kat apartment. Saya dengan En.Hubby keluar sekejap pusing-pusing cari bekalan makanan, terjumpa lah pasar malam, so tapau je dari pasar malam, sebab memikirkan kalau makan beramai-ramai kat restoran, macam tak terhandle jek sikecik-kecik ni.. 

Hari ke2, pagi-pagi jam 8 kitorang gerak ke Kuala Terengganu, ikut jalan dalam, tak ikut highway, menikmati pemandangan Terengganu la katakan.. terus menuju ke Pasar Payang.. huuu cuaca memang terik campur ngan jerebu, bahang sampai lencun membeli belah dalam pasar payang.. lepas tu singgah jap Pantai Batu Burok, makan kat Ikan Celup Tepung.. rangup dan sedap ikan, sotong, udang, cendawan, mcm2 lagi lah.. anak-anak happy main layang-layang, angin memang kuat, happy betul mereka..

Sebelum balik singgah jap kat Masjid Kristal, subhanallah indahnya, bila masuk rasa nyaman, tenang, hilang panas berdesing kat luar tu.. memang lama teringin nak pegi situ.. dr masjid kristal, dah agak petang, kitorang pun terus je la balik Kijal, masing-masing pun dah berlengas n penat.. sebelum sampai apartment, tapau je KFC, haa senang cite.. malam baring-baring golek-golek n tido..

Ala hari ke3 dah, kejap je.. pagi kite gi main pantai, cecah-cecah sikit kaki ke air laut, hehe pastu sambung mandi pool sampai la pkl11.. balik apartment, kemas-kemas siap sume barang, tibalah masa nak berangkat pulang.. sebelum tu singgah dulu kat kedai sata dan keropok berdepan dengan Intan Wilayah Timur (INTIM)..

Jalan balik memang tenang, sehinggalah kitorang masuk tol gombak, huisshhh jalan sesak hinggalah exit nak ke rumah, dugaan betul, ni yang rindu Terengganu sebab macam takde jam jek..

Ok lah nak share skit gambar-gambar kat sane..













Jom cuti-cuti Malaysia ;-)





Wednesday, 23 September 2015

:: Hari Raya Aidiladha ::


Alhamdulillah umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha esok hari yang disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Kita doakan jemaah-jemaah haji di mekah mendapat keberkatan dan dikurniakan haji yang mabrur.. insyaAllah..


Wednesday, 16 September 2015

:: 16 September - hari istimewa buat kami ::


Ya seperti kita sedia maklum, 16 September setiap tahun telah digazetkan sebagai Hari Malaysia, bermakna dapatlah kita cuti sehari.. Bagi kami sekeluarga, memang istimewa 16 September ni, sebab pada 16 September 2009, lahirlah anak pertama kami, Muhammad Nabhaan Hadif. 

Masih segar di ingatan, dihari kelahiran Hadif, mamanya ni boleh pergi keje lagi.. sebenarnya pagi tu macam dah ada tanda secalit coklat, kebetulan pagi tu memang ade checkup kat klinik Ibu dan anak.. checkup macam biase, tapi nurse kate kalau tiada contraction lagi tidak perlu ke hospital.. jadi gigih la pergi office juga walau pun cuti, kerja tertangguh melambak, risau lak kalau cuti panjang tapi kerja tak siap.. terpaksa pula rakan-rakan office yang siapkan nanti..

Sekejap je buat keje, dalam 2 jam camtu, sebelum balik pergi ke toilet dulu, tengok calitan coklat semakin bertambah.. terus call en.hubby yang masa tu di Putrajaya datang ajak gi hospital.. eloknya lepas call tu, terus rasa macam contraction.. tapi masa tu 1st time kan, tak paham lagi yang itu contraction, ingatkan nape la tibe-tibe sakit pinggang ni.. tengok jam, selang 10 minit.. kawan-kawan office dah risau, haha jangan la bersalin kat office pulak, ade yang jadi bidan terjun nanti..

Setengah jam kemudian, husband pun sampai terus bergegas ke hospital, mase tu jam 12 tghari, boleh bayangkan tak KL macamane sesaknye, mase tu sakit masih bole tahan, tapi air mata tak tau lak kenapa berjurai-jurai.. risau, takut, resah, gementar.. semua ada.. en.hubby lagi la yang tengah drive, nak bawak laju pun tak boleh, asyik dok tanye, sakit ke, nape nangis, sakit ke.. huuu tak sakit sangat tp ntah la, takut kot..

Pkl 1 tghari sampai di Hospital Ampang, check bukaan baru 3 cm, di tolak masuk wad, haishh kene la buka puasa ni, tak larat nak meneran nanti, berbekalkan roti 50sen 2 biji mase tu ngan sebotol mineral, contraction usah cakap la, makin kerap dan makin sakit.. pkl5 lebih tu memang dah tak tahan sangat dah, selang 5 minit panggil nurse, nurse check, blum lagi baru 4cm.. adoiii lamenye, nurse cakap 4cm dah boleh masuk labor room sebenarnye tp penuh, jadi kene tunggu ade yg dah bersalin.. teringat lagi mase tu dlm wad ade 4 katil, adik katil depan saya, adik la rasenye sebab nampak lg muda laki bini, agaknye die pun tak tahan sakit sangat, husband yang tengah menangkan pun kene marah.. "Ko tau tak sakit, sakittt ni".. saya hanya mampu mengetap bibir, sebab sendiri pun tengah menahan sakit, memang tak boleh bercakap-cakap dah mase tu.. Allah je yang tau macamana rasenye..

Pkl 6 lebih di tolak masuk labor room sebab katenye bukaan dah 5cm.. contraction setiap 3 minit, boleh bayangkan tak berapa lamanye nak tunggu bukaan tu.. dr pkl 1 ke maghrib baru terbukak 2cm.. nak tunggu 10cm sampai pkl berapa.. nangis lagi.. huuu nurse cakap anak pertama memang camni.. 

Akhirnya saat-saat yang dinanti pun tiba, nurse check bukaan dah 10cm, doktor dah ready, tepat 10.05 mlm, saya pun melahirkan seorang baby boy, berat 3.05kg, 51cm panjang.. Alhamdulillahhhh.. mase tu rase, inilah 1st n last nak bersalin, seksa sangat rasenye..

Kenangan 6 tahun lagi.. hari ni, Muhamad Nabhaan Hadif dah berumur 6 tahun, tahun depan anak mama ni nak masuk darjah 1 dah, boleh ke ni, hehe mama lak risau terlebih.. InsyaAllah semoga Muhammad Nabhaan Hadif menjadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat..



Kek nak bawak ke tadika



:: Caramel Cheesecake ::


Salam Hari Malaysia semua.. semoga negara kita diberikan keamanan dan kesejahteraan berpanjangan.. ke mana cuti anda, seronok kan walau dapat cuti sehari, dapat meluangkan masa bersama keluarga atau insan tersayang..

Hari ni berkesempatan cuba 1 resepi cheesecake yang saya salin dah lama dah.. sampai lupa blog yang mana 1.. minta ampun ye kalau tertiru.. google2 balik banyak lak blog yang mempunyai resepi yang sama.. meh saya share resepinya..

Bahan-bahan :

A
3 sb gula

B
6 biji kuning telur
270g susu segar
1 sk esen vanilla

C
5 biji putih telur
50g gula kaster
1/4 sk cream of tartar (saya tak letak sbb tak ada)

D
350g cream cheese
150g gula kaster
1 biji telur


Cara-cara :

1 - Masak gula dr bahan A dalam loyang bersaiz 8' atau 9' hingga keperang-perangan dan ketepikan.
2 - Satukan bahan B, gaul sebati dan ketepikan.
3 - Pukul bahan C hingga kembang & bertanduk. Ketepikan.
4 - Pukul bahan D hingga lembut, satukan dengan bahan C yang telah dipukul tadi, gaul sebati
5 - Tuang bahan B ke dalam loyang berisi karamel sambil menapis
6 - Masukkan campuran C + D tadi perlahan-lahan.
7 - Bakar guna steam bath selama 1 jam 10 minit atau hingga kek masak.Sejukkan dahulu baru dihidang. 


Saya bakar pada suhu 170 degree utk 30 minit pertama dengan kedudukan bawah sekali, lepas tu saya lihat atasnya agak cepat gelap tp dalam belum masak sepenuhnya, jd saya turunkan suhu 150 degree utk 20 minit, dan bila test cucuk, ehh macam dah masak.. jadi saya tutup suiz oven dan biarkan sejuk dalam oven dengan pintu terbuka skit..

Haa inilah hasilnya.. gambar amatur je ye.. anak-anak berebut nak makan terutama Hadif, si birthday boy..










Ok lah selamat mencuba ya ;-)




Monday, 14 September 2015

:: Slice Cheese Cake ::


Tengah menggoogle resepi-resepi cheese cake yang mudah.. terjumpa resepi ni dari Mat Gebu.. Macam senangkan.. boleh la buat untuk anak-anak makan.. diorang ni asalkan ada rasa cheese memang peminat tegar..


Bahan-Bahannya :

4 keping keju Cheesedale, dikoyak kecil2
200 ml susu segar
70 g mentega
70 g gula halus
70 g tepung gandum, diayak
4 biji telur gred A, asingkan putih dan kuning
1/2 camca teh esen vanilla
Sedikit gula aising untuk hiasan

Cara membuatnya :


- Panaskan susu segar, masukkan cheesedale dan masak hingga keju cair. Masukkan mentega dan kacau hingga semua cair dan sebati. Biarkan sejuk.
- Putar putih telur hingga kembang, masukkan gula halus dan terus memutar hingga menjadi meringue. Ketepikan.
- Putar kuning telur hingga berkrim, masukkan bancuhan susu yang telah sejuk tadi dan putar hingga rata. Pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedkit hingga habis dan putar hingga rata dan tidak berketul2.
- Gaulkan meringue ke dalam adunan tadi bersama esen vanilla, gunakan kaedah kaup balik, gaul hingga rata dan tuang dalm tin kek berukuran 20 cm yang telah di sapu mentega dan dasarnya dialas kertas minyak.
- Bakar dalam oven menggunakan kaedah water bath (iaitu dengan meletakkan tin berisi adunan kek tadi dalam satu bekas lain yang dituang air panas). Bakar pada suhu 170C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu pada 140C dan bakar lagi 35 - 40 minit, bergantung pada oven masing.
- Ayak gula aising atas kek sebelum dihidangkan, jika suka...



Nanti dah cuba saya share gambar ye ;-)

:: Kek milo microwave ::


Nak share la skit, kite pun dah try buat kek milo 3 minit microwave.. lately selalu pula keluar kat newsfeed fb kan.. nak jugak la cuba cam senang sesangat tu..



Kacau-kacau pastu masuk microwave




Pengembangan tengah berlaku




Ni la hasilnya..



Cane nak buat ni.. haa meh kite share resepinya :

4 tbs milo
4 tbs gula (saya letak 3 tbs je)
4 tbs tepung
4 tbs minyak sayuran
4 tbs susu tepung (saya ganti dengan mealshakes)
4 tbs air
1 biji telur
1/2 ts baking powder
coklat chip *
hirisan badam *

* untuk hiasan

Senang tak resepinya.. senang nak ingat semua 4 sudu besar ye.. masuk microwave setkan high selama 3 minit.. tadaa siappp..



Sunday, 13 September 2015

: Senaman punggung dan peha ::


Pernah dengar JK1M by Kelvin Zahri.. untuk intake Sept ni, ohh dah berazam memang nak join, siap dah pilih team leader, dah register bagai.. saat-saat akhir bila memikirkan komitmen setiap hujung minggu tu, kadangkala di kl, kerja, balik kg, husband ke keje.. haishh berbelah bahagi, sayang lak dah bayar nanti tak dapat nak bagi komitmen.. last-lastnye adik je yg masuk, die follow team leader Rembau, 1st week dah lost 2kg.. huaaa jelesnye dengar.. ai pun nak kurus gak.. arhhh ni tak leh jadi, mintak dia share apa je routine diorang kene buat.. tapi tu la kan, die ade team leader yang leh guide, malas ke tak, kene gak buat.. kite yang kat rumah ni, pancit skit dah terduduk tak mo sambung..

Tapi berazam gak nak buat senaman-senaman ni, curi-curi mase yang ade, biarlah anak-anak dok gelak, pastu sibuk nak bergesel-gesel la time kite nak ke kiri ke kanan, kacau tul.. dugaan..




Ni la senamannye, jom cuba..




Kene cara yang betul ye, bukan main naik turun naik turun jek.. nanti sakit lain pulak yang datang..


Nak cabar diri, mesti at least 3x seminggu buat senaman-senaman ni.. kalau ikut hati nak kuruih cepat ni, rase nak buat hari-hari.. tapiiiii ngehngeh.. kita wat ikut kemampuan ye..

:: Korang tau tak ::


Jom viralkan Shaklee.. #Korangtautak #KttShaklee











=========================
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!


Your Shaklee Independent Distributor,

Nida Husnan
SID : 888845
tel : 019-2662359
email : nidahusnan@yahoo.com
=========================


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Saturday, 12 September 2015

:: kenapa ESP AMAT PENTING untuk Ibu yg sedang Hamil ::






3 sebab kenapa ESP AMAT PENTING untuk Ibu yg sedang Hamil pada Trimester Pertama:

#1. Untuk Mengelakkan Keguguran

ISOFLAVONE dalam ESP boleh menghasilkan hormon phytoestrogen. Hormon ni PENTING untuk elakkan keguguraan kepada ibu hamil pada trimester pertama..

#2. Mengelakkan janin menjadi cacat.

ESP lengkap dengan 9 ASID AMINO yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Oleh itu, ESP membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.


#3. Mengurangkan gejala morning sickness

ESP mengandungi VITAMIN B6 yang bertindak membantu mengurangkan gejala morning sickness.
















=========================
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!

Your Shaklee Independent Distributor,
Nida Husnan
SID : 888845
tel : 019-2662359
email : nidahusnan@yahoo.com
=========================


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.






Friday, 11 September 2015

:: Kenapa Menggigil Bila Lapar ::


Kenapa Menggigil Bila Lapar? Adakah Tanda-Tanda Penyakit Tertentu?


Pernah tak anda rasa bila lapar sehingga tahap gigil tangan.. rasa nak makan semua benda yang ada depan mata.. rasenya baru je lepas sarapan atau makan.. Apakah punca-punca lapar sehingga menggigil ini? Berikut adalah antara punca-punca yang berkaitan dengan lapar sehingga menggigil..


1. Terlalu banyak minum minuman yang manis.

Soda, teh ais, dan lain-lain minuman manis adalah sumber terbesar fruktosa. Fruktosa boleh memperdayakan otak kita supaya rasa teringin hendak makan lagi, walaupun kita sepatutnya sudah kenyang. Ia berfungsi dengan menghalang keupayaan badan untuk menggunakan leptin, "forgive hormon" yang memberitahu kita apabila kita sudah cukup untuk makan.


2. Makan makanan dalam tin.

Tabiat banyak memakan makanan di dalam tin yang tinggi bisphenol-A, atau BPA adalah tidak baik. Pendedahan kepada BPA boleh menyebabkan ketidaknormalan dan peningkatan dalam leptin menurut penyelidik Universiti Harvard.


3. Tidak makan sayur.

Sayur berdaun hijau kaya dengan folat, vitamin B yang membantu mengatasi masalah kemurungan, keletihan, dan pertambahan berat badan. Sayur-sayuran berdaun juga tinggi dengan vitamin K. Ia dapat membantu mengatasi ketagihan. Oleh itu, anda digalakkan untuk makan sayur-sayuran hijau. Jika anda berasa sedih semacam, sayur-sayuran hijau adalah antara makanan terbaik untuk anda.


4. Berada dalam keadaan dehidrasi.

Dehidrasi adalah salah satu bentuk kekurangan air di dalam badan. Kalau selepas makan anda masih berasa lapar, minum segelas air sebelum makan dan lihat kesannya. Mesti keinginan untuk makan akan berkurang. Ini kerana apabila badan dalam keadaan dehidrasi dan kekurangan air, maka zat-zat makanan tidak dapat dihantar dengan pantas menyebabkan anda masih rasa lapar biarpun sudah makan.



*****************











=========================
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!

Your Shaklee Independent Distributor,
Nida Husnan
SID : 888845
tel : 019-2662359
email : nidahusnan@yahoo.com
=========================


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.






Thursday, 10 September 2015

:: Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal ::


Psssttt sy nak share 1 rahsia, nak tau tak..

[Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal]






Bagi wanita yang mementingkan kecantikan kulit. Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. 

Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.



**************************


Lagi rahsia ESP.. 


[Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif]




Salah-satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan member tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak.

ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan: 
● kepenatan, 
● mencegah migrain, 
● insomnia dan 
● gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.






Promosi September







=========================
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!

Your Shaklee Independent Distributor,
Nida Husnan
SID : 888845
tel : 019-2662359
email : nidahusnan@yahoo.com
=========================


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.