Pages

Tuesday 24 March 2015

:: Performance Drink Shaklee ::




Shaklee menggelarkannya "PERFORMANCE DRINK" ialah kerana telah terbukti di makmal (ujian makmal bersama-sama high-level athletes) bahawa:

(1) Meminimumkan kehilangan cecair untuk memantapkan hidrasi badan. Kurang rasa haus.
(2) Mengalirkan elektrolit sepenuhnya ke seluruh badan, termasuklah kalsium & magnesium (tiada pada minuman isotonik jenama lain).
(3) Menstabilkan paras glukosa di dalam darah untuk mengekalkan tenaga berterusan, serta menambah stamina.




Golongan yang sesuai mengambil Performance Drink:
  • Mereka yang aktif bersukan .
  • Mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka).
  • Mereka yang menghidap gout.
  • Ibu yang menyusukan anak.
  • Ibu hamil yang mengalami muntah kronik (terutama muntah air) akibat dari morning sickness, dan tiada selera makan.
  • Mereka yang kurang minum air.
  • Mereka yang kerap sakit kepala.
  • Bila rasa nak demam, atau sedang demam.
  • Kanak-kanak yang demam.
  • Menggantikan minuman ringan terutama yang berkarbonat (kerana Performance Drink tiada karbonat!)

Kenapa Performance Drink lain daripada minuman tenaga yang lain?
  • Kandungan gula yang terdapat dalam Performance Drink kurang berbanding minuman lain
  • Mempunyai kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah dan membolehkan ia mudah diserap untuk mengekalkan paras gula dalam darah
  • Membantu mengurangkan penyah-hidratan (kurang air, kehausan) kerana Performance Drink dilengkapi dengan kandungan natrium yang membantu mempercepatkan penyerapan air ke dalam tubuh
  • Mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium, dan chloride yang membantu membekalkan tenaga dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh
  • Performance Drink dapat membantu memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, serta meningkatkan daya ketahanan otot
  • Mempunyai lebih 67 % otot glikogen (sumber tenaga)



Elektrolit membantu mengekalkan hidrasi

Proses perpeluhan dalam persekitaran yang panas dan lembap merupakan cara semulajadi tubuh bertindak balas dalam membantu mengekalkan suhu badan pada bacaan 37°C.

Menggantikan elektrolit yang hilang di dalam peluh Elektrolit pada asasnya adalah alat pemancar elektrikal di dalam badan kita. Kita boleh membandingkannya dengan partikel-partikel yang bercas elektrik atau ion-ion di dalam bateri lampu suluh. Keringat yang menyejat daripada kulit kita mengandungi bermacam-macam elektrolit. Terdapat pelbagai komposisi peluh tetapi ia lazimnya terdiri daripada cecair dan elektrolit utama seperti di bawah:
  • Natrium
  • Kalium
  • Kalsium
  • Magnesium
  • Klorida
  • Fosfat
  • Sulfat
Sekiranya terdapat kehilangan berterusan elektrolit-elektrolit utama ini, ia akan mendorong kepada penyahhidratan dan strok haba. Lazimnya, badan kita akan melaksanakan pengawalan dalaman elektrolit-elektrolit ini bagi mengekalkan keseimbangan sekiranya berlaku sedikit perbezaan. Digalakkan kita untuk menggantikan elektrolit-elektrolit yang telah hilang ini dengan cara membekalkan tubuh dengan cecair dan elektrolit-elektrolit bagi membolehkan penghidratan semula dengan pantas.


Kepentingan elektrolit.

Ia juga merupakan yang pertama akan hilang apabila cecair dikumuhkan melalui perpeluhan dan pembuangan air kencing.
Natrium dan klorida merupakan elektrolit utama badan yang hadir di antara sel-sel.
Peranan utamanya adalah untuk menyeimbangkan cecair yang sewajarnya dan mengawal pergerakannya (cecair) masuk dan keluar daripada sel-sel. Selain itu juga ia melaraskan tekanan darah, menghantar impuls saraf serta membantu otot-otot anda berehat termasuk otot-otot jantung.

Natrium dan klorida adalah penting untuk pengecutan otot-otot. Ini dapat diterangkan, kenapa sekiranya cecair yang hilang tidak digantikan serta-merta, ia akan menyebabkan kekejangan otot. Kekurangan natrium mungkin tidak akan berlaku tetapi jika itu terjadi, gejala-gejalanya mungkin loya, pening dan kejang otot-otot.

Sebaliknya jika berlebihan, natrium akan dikumuhkan tetapi sesetengah penyakit buah pinggang akan mengganggu pengumuhan natrium di kalangan individu sihat, seterusnya menyebabkan pembendungan cecair dan pembengkakan.

Kalium merupakan elektrolit utama yang wujud di dalam sel-sel badan. Ia juga berperanan dalam mengekalkan keseimbangan cecair dan elektrolit. Tambahan pula, ia turut membantu memelihara tekanan darah yang normal, menghantar impuls atau isyarat saraf serta mengecutkan otot-otot. Bagi individu yang sihat, kekurangan kalium amat jarang kita ditemui. Bagaimanapun, sekiranya berlaku muntah dan cirit-birit, badan mungkin mengalami kehilangannya dengan banyak. Antara gejala kekurangan kalium adalah seperti lemah, hilang selera makan, mual dan letih lesu.

Fosforus membantu menjana tenaga di dalam setiap sel tubuh kita dan bertindak sebagai pengatur utama metabolisme tenaga organ tubuh anda. Ia merupakan komponen utama dalam struktur gigi selepas kalsium. Kekurangan fosforus amat jarang berlaku kecuali bagi sesiapa yang mengambil ubat antasid dengan aluminium hidroksida dalam jangka panjang. Gejala-gejala kekurangan termasuklah kerapuhan tulang, kelemahan, hilang selera makan dan kesakitan.

Pengambilannya dalam jumlah yang berlebihan boleh menurunkan tahap kalsium dalam darah, dan masalah yang timbul jika pengambilan kalsium adalah rendah.

Air mengawal proses badan. Ia membawa nutrien dan lain-lain bahan kimia tubuh ke sel-sel badan anda serta menyingkirkan bahan-bahan buangan. Selain itu, ia juga menolong melaraskan suhu badan anda.

Bahan utama di dalam minuman isotonik adalah air. Ia juga mengandungi karbohidrat (glukosa dan sukrosa), natrium, kalium dan fosfat. Dahaga hilang apabila kita minum cukup cecair bagi melegakan rasa kering di dalam mulut dan menggantikan cecair yang hilang dalam bentuk peluh.

Minuman isotonik sememangnya mempunyai peranan di dalam penyimpanan cecair yang anda gunakan dan menggalakkan penghidratan semula.

Bagi memenuhi pengambilannya, minumlah pelbagai jenis cecair sama ada air, jus, minuman isotonik, susu soya dan susu dalam jumlah yang disarankan.


Pesanan untuk diri sendiri dan anda semua.

Sangat penting bagi mengekalkan tahap hidrasi tubuh di dalam iklim panas dan lembap seperti yang ada di Malaysia ini. Tapi sekarang ini, cuaca pun agak tak menentu, kadang-kadang suhu terlalu panas. Yang penting ialah pengambilan elektrolit-elektrolit utama mesti dikekalkan untuk kekal terhidrasi.

Ohoiii Elfiraloy pun minum Performance Drink Shaklee, ye la artis ni kan kekadang berlakon seharian bawah terik matahari.. the best drink ever!!!





=========================
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!

Your Shaklee Independent Distributor,
Nida Husnan
SID : 888845
tel : 019-2662359
email : nidahusnan@yahoo.com
=========================


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



No comments:

Post a Comment

jangan segan silu tinggalkan komen anda.. terima kasih..