Assalamualaikum warahmatullah.. sihat semua, musim cuti sekolah ni, dengan cuaca tak menentu, panas yang terlalu terik.. pastikan kesihatan anak-anak anda terjage.. nanti dah buka sekolah tapi tidak sihat, rugi pula terpaksa ber'mc' di rumah.
Ke mane destinasi percutian anda untuk seminggu ni.. pasti mereka happy, walau dapat round setaman naik kereta kan atau bermain di playground untuk sejam dua.. asalkan dapat melihat dunia luar dari berada di dalam rumah sahaja.. hehe semasa saya berpantang ketiga-tiga anak pun, asalkan dapat naik kete keluar tengok dunia luar pun ok lah.. rase sesak pula kalau duduk dalam rumah sahaja..
Cuti sekolah kali ni, kami ke Pantai Blue Lagoon, Port Dickson sahaja.. anak-anak dapat bermandi-manda dua tiga jam cukuplah.. kami sampai di sana seawal 8.30 pagi, memang tak ramai lagi dan air masih pasang.. yang bestnya air cetek, jadi tak risau anak2 bermain-main air tapi masih perlukan pengawasan la ye..
Bawa bekal pun yang dibeli sebab terbangun lewat sedikit.. singgah membeli nasi lemak dan kuih-muih, cukuplah untuk breakfast pagi tu.. lagi pun mereka dah minum susu + mealshakes sebelum bertolak tadi.. layan anak-anak memang menyeronokkan..
Siap dah bermandi-manda carik makanan lunch pulak, pusing-pusing la jap Port Dickson sampai ke pekan Lukut.. terjumpa kedai ni, memang best ayam panggangnya.. Gerak balik, dalam kete semua hero n heroin tersadai tido.. kepenatan la tu..
Promosi ESP sepanjang bulan Mac
No comments:
Post a Comment
jangan segan silu tinggalkan komen anda.. terima kasih..