Pages

Friday 7 November 2014

:: Mengajar anak mengaji ::





Saya terdedah dengan pendidikan awal anak-anak sejak bayi bila officemate bercerita tentang Darwish & Darwisha. Mereka telah menghafal sebanyak 30 surah seawal umur 3 tahun.. kagum.. memang kagum.. walaupun ketika itu anak pertama saya dah berumur 3 tahun++, saya berharap tak terlambat nak mengajar mereka mengenal Al-Quran lebih awal. 


******************


Sedikit panduan yang boleh saya share. 
Anda bole rujuk pada blog Pn.Lina : DarwishnDarwisha :

PANDUAN MENGAJAR 

a) Disiplinkan mengaji sekerap mungkin. Saya buat 5 hari seminggu. Dalam seminggu mesti ada 1-2 hari yang saya miss! Selalunya saya akan mengajar paling awal jam 8.30 malam dan paling lambat jam 9.30 malam setiap kali mengaji. Waktu siangnya sentiasalah sibuk sangat sangat termasuklah hari Sabtu dan Ahad.

b) Jangan marah. Selalunya orang cepat naik angin kalau ajar budak banyak kali tapi tak dapat2 juga. Lebih-lebih lagi kalau kanak-kanak tu anak sendiri. Kalau anak orang lain, segan sikit nak marah kerana nanti dia balik mengadu dengan ibu bapanya. Kalau anda rasa nak marah, tarik nafas panjang-panjang dan bertenang. Ingat jika kita selalu marah kanak-kanak waktu mereka mengaji, mereka akan tidak suka mengaji dan susah untuk disuruh mengaji kerana mungkin phobia. 

c) Hanya marah jika mereka tak mahu mengaji.

d) Puji dan tepuk tangan seta buat buat happy jika mereka membaca dengan betul.
Beri imbuhan setelah selesai mengikut apa yang mereka mahukan atau apa yang kita janjikan selepas mengaji. 

e) SABAAAAR dan tak lupa disiplinkan diri kita sendiri dan anak kita untuk mengaji setiap hari. Jangan expect anak otomatik pandai bila kita sekali mengajar. Ia memang benar-benar mencabar untuk mengajar anak-anak kecil yang berumur setahun dua yang tak tahu nak duduk diam. Tapi hasilnya lumayan! Bayangkan kita tunjuk flashcard pada budak umur setahun, kalau tak cepat, tangannya tangkas mencapai flashcard tersebut untuk dikeronyok2.

******************


Yang penting konsisten, itu yang mencabar bagi saya, dengan siang hari bekerja, kadangkala balik lewat, kerja sampingan di rumah.. sebolehnya saya cuba sehabis baik.. Alhamdulillah Hadif dah semakin lancar bacaan.. mula-mula dulu nak konsisten mengaji hari-hari memang berlinangan air mata je.. sekarang die sendiri yang ajak mengaji.. Hazim mengikut-ikut je abangnye, die susah sikit nak fokus, tapi takpe kita usahakan juga..


Bila berkesempatan dihujung minggu, sessi mengaji saya buat siang dan malam.. Inilah DutaMealshakes & DutaOmegaguard saya..





No comments:

Post a Comment

jangan segan silu tinggalkan komen anda.. terima kasih..