Pages

Saturday 11 April 2015

:: Parents Teachers Meet ::




Anak-anak adalah kurniaan Allah, menjadi tanggungjawab kita sebagai mak ayah untuk membentuk mereka menjadi seorang yang berjaya dunia & akhirat.. InsyaAllah berusaha sehabis baik.. 

Hari ni tadika Hadif & Hazim, Little Caliph Pandan Mewah mengadakan 'Parents Teachers Meet'. Kami berbincang mengenai perkembangan anak-anak di tadika bagaimana, tahap pencapaian mereka, input dan output daripada parents untuk teachers dan sebaliknya.. 

Dari sini kami sebagai parents tahu, setiap anak itu berlainan kebolehan.. anak kami yang 4 tahun laju perkembangannya di tadika, teachers pun tak banyak komen, bila tengok buku bacaan & Iqra' nya, dia antara yang di hadapan, memang banyak star yang teacher kasi, sticker berterabur sana-sini.. rupanya itu rewards yg teacher bagi supaya mereka semangat nak membaca & participate dalam aktiviti-aktivit lain.

Bagi yang 6 tahun pula, teacher komen, segala aktiviti memang dia yang paling bersungguh-sungguh nak participate, tapi tidak fokus dengan arahan.. dia perlukan perhatian yang lebih.. jika teacher tak ada di sebelah, mulalah dia pun hilang fokus.. dari segi bacaan, alhamdulillah bacaan Iqra' memang lancar, bacaan ruminya dah hampir habis buku ke2 drpd 4 buku.. cuma kene lebihkan latihan untuk numbering dan matematiknya.

Tetap ditekankan supaya parents di rumah juga ada mengajar anak-anak.. jangan melepaskan tanggungjawab pada pihak tadika sahaja, ambil masa paling kurang 5 minit yang relax dan santai untuk mengajak anak-anak membaca, jadikan sebagai rutin setiap hari.. itu yang mama cuba untuk ushakan.. rase bersalah sangat jika balik keje lambat, anak-anak pun dah letih nak pegang buku..

Saya sebenarnya risau, terutamanya anak yg 6 tahun, di tadika teacher boleh nak berikan perhatian yang lebih, seorang teacher mengajar untuk 10 murid ++ sahaja.. bagaimana pula nanti di darjah 1.. dengan size kelas hanya seorang guru untuk mungkin 40++ anak murid.. ohhh dapat ke guru nak beri perhatian ke setiap anak-anak murid.. mungkin akan ada yang tercicir.. insyaAllah guru pun dah cuba sehabis baik mereka kan.. parents pun cuba support anak-anak di rumah..

ok lah, saya nak menghabiskan buku ini, tulisan Pn.Sabariah Faridah Jamaluddin.. diharap dapat memfaatkan isi kandungannya..


No comments:

Post a Comment

jangan segan silu tinggalkan komen anda.. terima kasih..