Pages

Saturday 4 April 2015

:: Ilmu Parenting ::




Di majlis ilmu parenting bersama Ustaz Pahrol Mohd Joi di Surau Al-Kauthar, S4 Bdr Baru Bangi. 1 Jan 2015.

Antara perkongsiannya:

1. Kalau kita berasa sukar mendidik anak bersabarlah. Tgk lah betapa sukar kita nak didik diri sendiri utk istiqamah solat awal waktu, solat berjemah, baca Al-quran sekurang-kurangnya semuka sehari, puasa Isnin Khamis dsbnya.. tambah-tambah lagilah untuk mendidik org lain.. maka bersabarlah dalam mendidik.

Dlm banyak keadaan matlamat kita untukk anak-anak sudah benar tapi kebenaran kerap tewas kerana tidak sabar dan tidak bijaksana.


2. Tuntutlah ilmu berterusan.. walaupun perkara asas. Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.


3. Jangan label anak. Boleh kata anak malas tp jangan label dia 'pemalas'. Panggil nama anak dgn nama yg baik sbb itu adalah labelnya.


4. Letakkan misi dan visi yg jelas kepada anak. Jd hamba Allah yg baik. Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yg baik. Ditambah dengan acquired knowledge ilmu akademik. Sesungguhnya lebih SUKAR didik anak jd BAIK drp didik anak jd CERDIK.


5. Anak bkn milik kita tp amanah kpd kita. Didiklah anak mengikut kehendak pemberi amanah. Jangan bawa anak-anak kepada kita, bawalah anak-anak kpd Allah.


6. Ibu sama dgn ramadhan sbb ibu adalah madrasah anak-anak dan ramadhan adalah madrasah ummah. Ibu ada cuaca dlm rumahtangga. Doa ibu lebih mustajab dr doa ayah kerana sayangnya lebih berakar kpd anak drp ayah.

Sbb itu hadiah terbaik seorang ayah utk anaknya adalah mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.


7. Pendidikan anak-anak bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya. 

Yg sudah berkahwin dan ada anak-anak tidak terlambat untuk membuat kebaikan.. didiklah isteri berterusan. Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.


8. Didiklah anak dgn Al-quran. Ibnu Sina hafiz pada masa umurnya 7 thn. Ini antaranya kerana semasa dlm kandungannya ia telah didik oleh ibu yg hafizah.

Kita bkn hafiz.. tp pastikanlah anak-anak sekurang-kurangnya kenal huruf Al-quran melalui kita. Ambillah barakah ini.


9. Ibu bapa pemimpin kpd anak-anak. Pemimpin yg baik adalah yg besar pengaruhnya kpd anak-anak. Sekarang ni anak-anak tadika lebih percaya ustazah di sekolah dr ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan dr ibu bapanya.. akhirnya ibu bapa hilang pengaruh kerana dunia tapi sempadan amat besar pengaruhnya. 

Tingkatkanlah pengaruh dr rasa percaya dan kepercayaan. Dlm rumahtangga, dipercayai adalah lebih utama drp dicintai. Contoh: Berapa ramai isteri yg mencintai suaminya tp tidak mempercayainya..

Walk the talk. Didiklah diri kita dlm usaha mendidik anak-anak kita. Bantulah anak-anak menjadi soleh dan solehah dgn membanyakkan amalan SUNAT. Oleh itu, untuk mendidik anak-anak mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.


10. Niatkanlah kebaikan yg kita lakukan sprt sedekah banjir dsbnya sbg tawasul anak-anak menjadi baik. Cth: moga dgn sedekah ini, tetaplah solat anak-anakku..


11. Sayangilah anak-anak kerana kita sayang dia bkn kerana sayang diri kita. Cth: kita jadikan anak-anak kuda lumba utk kebanggaan kita. anak dpt result yg baik terus war-warkan.. ank yg tak dpt elok diamkan dan dimarah kerana memalukan kita.. bezakan anak-anak yg pandai dgn yg kurang pandai..


Sedikit perkongsian utk kebaikan bersama.


No comments:

Post a Comment

jangan segan silu tinggalkan komen anda.. terima kasih..