Pages

Monday 13 April 2015

:: Usaha untuk hamil ::


Ok hari ini, saya nak share makanan yang meningkatkan kesuburan agar cepat hamil.

Berikut di bawah ini adalah daftar makanan yang dikemas dengan vitamin dan mineral penting untuk sistem reproduksi yang sihat .


Ikan salmon

Ikan salmon mengandung selenium. Mineral ini diketahui menghasilkan antioksidan yang akan melindungi telur dan sperma dari radikal bebas. Hal ini bisa membantu mencegah kerusakan kromosom, yang diketahui penyebab cacat lahir dan keguguran. Penelitian juga menunjukkan bahwa selenium juga bisa membuat sperma lebih subur.


Tauhu

Penelitian telah menunjukkan bahwa wanita yang tidak mendapatkan jumlah zat besi yang cukup, mungkin menderita kurangnya ovulasi dan kesehatan sel telur yang kurang. Hal ini dikatakan bisa menghambat kehamilan hingga 60 % lebih tinggi, jika dibandingkan orang dengan cukup zat besi dalam darahnya.


Buah jeruk

Dalam sebuah studi, di mana pria yang infertil diberikan 1.000 mg vitamin C dua kali dalam sehari. Hasilnya, pria infertil mengalami peningkatan jumlah sperma dan motilitas (kemampuan untuk bergerak dengan benar ke arah sel telur). Vitamin ini juga dikatakan meningkatkan keseimbangan hormon pada wanita.


Kacang almond

Studi menunjukkan vitamin E bisa meningkatkan kesuburan pada pria. Dalam sebuah percobaan laboratorium pada tikus, kekurangan vitamin E juga dikaitkan dengan kemandulan pada tikus betina. Jika Anda kurang yakin dengan percobaan pada tikus, namun yang pasti adalah vitamin E merupakan antioksidan yang membantu melindungi sperma dan DNA sel telur. Vitamin E juga bisa ditemukan dalam makanan lain dalam jumlah tinggi, seperti contohnya buah alpukat.


Telur

Sebuah studi yang dilakukan oleh Universitas Yale yang mengukur tingkat D Vitamin pada 67 wanita infertil, dan menemukan bahwa hanya 7 % yang memiliki kadar vitamin D normal. Sedangkan yang 93% lainnya cukup bisa dikatakan mengalami defisiensi klinis vitamin D. Para ahli juga menemukan bahwa tidak ada pasien dengan PCOS yang memiliki tingkat vitamin D normal. Telur diketahui mengandung vitamin D – dan telur juga sangat bermanfaat bagi wanita hamil dan menyusui.


Pisang

Pisang mengandung vitamin B6, yaitu salah satu vitamin yang paling penting dalam membantu pembuahan karena mengatur hormon. Kekurangan B6 bisa menyebabkan menstruasi tidak teratur, dan juga dapat menyebabkan keurangan sel telur dan pengembangan sperma pada pria. Baca juga Manfaat Pisang yang luarbiasa bagi Kesehatan.


Asparagus

Studi telah menemukan bahwa asam folat bisa membantu mengurangi risiko kegagalan ovulasi . Wanita juga sangat disarankan untuk mengambil suplemen asam folat ketika mencoba untuk hamil. Selain asparagus, masih banyak Buah dan sayuran yang mengandung asam folat tinggi.


Kacang polong

Meningkatkan kadar zinc pada pria telah terbukti meningkatkan jumlah, memperbaiki, fungsi dan kualitas sp*rma pria dan mengurangi ketidaksuburan. Bagi wanita, kekurangan zinc bisa menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen dan progesteron. Kacang polong adalah makanan yang mengandung zinc, termasuk makanan lain seperti ayam, domba, sapi, telur, Ikan dan seafood, tiram, kacang-kacangan, biji-bijian, tahu, ragi, jamur, kacang hijau, biji labu.


Ikan makarel

Ikan laut termasuk makerel mengandung asam lemak esensial, yang penting untuk sistem reproduksi yang kuat pada wanita. Salah satu asam lemak yang ditemukan dalam minyak ikan berdampak signifikan pada kesehatan sperma. Kekurangan asam lemak dapat menyebabkan peningkatan kolesterol dalam membran sperma, yang mencegah sperma bisa matang dengan tepat.


Tiram

Studi telah menemukan bahwa ada hubungan antara kekurangan vitamin B12 dan tingkat estrogen yang abnormal, yang dapat mengganggu implantasi telur yang telah dibuahi. Vitamin B12 juga diketahui dapat membantu memperkuat lapisan endometrium dalam pembuahan sel telur dan mengurangi risiko keguguran. Tiram atau kerang adalah makanan laut yang mengandung vitamin B12, serta zinc yang bermanfaat bagi peningkatan kesuburan.


InsyaAllah kita boleh mengamalkan makanan-makanan di atas.. selain itu jugak, Shaklee ada menyediakan supplement untuk kesuburan suami dan juga isteri..







Promosi April 2015








=========================
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!

Your Shaklee Independent Distributor,
Nida Husnan
SID : 888845
tel : 019-2662359
email : nidahusnan@yahoo.com
=========================


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


:: Kisah berurut ::


Ini kisah weekend ari tu, bestnye bila badan dapat diurut, sakit-sakit sedap giteww.. rase ringan badan, banyak angin rupenye badan ku ini.. 

Sebenarnya dah lebih seminggu rase badan tak best, terutama bahagian ari-ari.. bila lama berdiri contoh memasak ke, berjalan di tesco membeli barang, lame la tu kan, berdiri lebih sejam.. memang rase terbuai-buai je tang perut (hikhik memang le boroi skit).. bila rase terbuai-buai tu mula la rase sengal-sengal.. bila malam duduk mengadap laptop nak wat keje, rase perit-perit sengal lagi.. stress ke? ntah laa, sampai 1 tahap ade 1 malam tu, terpasa tido pakai bengkung moden, baru perut rase kedap, tak terbuai-buai..

Itulah kisahnya sampai termesej Kak Salwa, dikenalkan oleh Rad.. Kakak ni duduk Pandan Indah je, memang dekat je katenya.. tau-tau dah sampai depan pintu umah, ngehngeh punye la menguruskan anak sampai tak perasan orang bagi salam, Kak Salwa tepon barulah perasan.. 

Bermulalah sesi mengurut, haaa kakak ni memang lembut orangnya, cakap pun lembut sangat, alahai tapi bila mengurut.. fuuhhhh.. terketap2 gigi la menahan sakit, tapi memang sedap la baru lah mengurut namanya, kalau mengurut wat geli-geli je, takyoh lerr.. bila die urut agak sakit tu, saya pun bagitau la Kak Salwa sakit kak.. haa tu la tanda banyak angin katenye, merah-merah dah bahagian banyak angin tu.. masalah saya angin lebih di bahagian kanan badan, bila urut belah kanan sakit ya amat, bila urut belah kiri geli ya amat.. pelik tak..

Lepas tu bertungku sekali ngan Kak Salwa, 1 badan tau, mula dari belakang, pastu baru ke depan bahagian rahim.. rahim ku tak cukup kecut, patut la rase terbuai-buai, tapi kedudukan betul.. adoii risau lak dengar, Kak Salwa pun tekan-tekan ngan batu tunggu, panas batu + panas minyak urut, perit jadinya.. hahhaa... nak baik punye pasal, tapi Kak Salwa akan tanye-tanye, sakit tak, bole tahan tak, panas tak.. ok je kak bole-bole (tahankan je la).. pesan Kak Salwa, kurangkan makan sayur, alahai mak dah la suka sayur, tukang perabih kalau sayur ade lebih-lebih, dah tu kan tengah nak mengurangkan lemak di badan, makan sayur je ler.. oooo sayur yang sejuk kene kurangkan rupenye contoh bayam, kangkung.. pe lagi kakak tu sebut..

Habis sesi mengurut, oh mak ai 2 jam kau.. lamenye tak perasan pun.. badan rase ringan? hilang sakit? hehe.. sejujurnya belum lagi.. siap ngantuk-ngantuk tak leh tahan mata, bagitau husband suh beli kfc, haha sebab tak larat nak masak lunch, memang sepanjang petang duduk kat sofa tengok tv je, taknak wat mende lain.. pastu bangun mandi, barulah rasa segarrrr... malamnye tido lena tau-tau ehh dah azan subuh..

Boleh la repeat berurut ngan Kak Salwa lagi, recommended sebab sedap die urut.. sape nak no die wassap i dulu ye, ohhh Kak Salwa pun dah jadi SID, tu sebab tengok die, awet mudanya..



Sunday 12 April 2015

:: kesan obesiti terhadap kesihatan ::


KESAN OBESITI




Psikologi

Kesihatan mental yang disebutkan bukanlah mengaitkan obesiti dengan penyakit ‘gila’ atau masalah otak tetapi lebih kepada kesan kepada emosi individu yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes hasil interaksi sosial.

Mengimbas zaman sekolah, boleh dikatakan hampir semua daripada kita mempunyai interaksi dengan individu dengan berat badan berlebihan. Boleh dikatakan di mana sahaja seseorang yang ‘besar’ badannya bersekolah, pasti ada yang mendiskriminasi atau mengejek. Ini mungkin akan meninggalkan kesan psikologi kepada kanak-kanak tersebut, menyebabkan tahap keyakinan dirinya semakin rendah.

Kesan diskriminasi pada usia muda ini akan dibawa sehingga mereka dewasa dan mungkin membawa kepada masalah hidup yang menjejaskan tahap kepuasan hidup individu yang berbadan besar. Pelbagai kajian untuk mengukur kesan saiz badan terhadap psikologi seseorang telah dijalankan di luar negara. Sebagai kesinambungan terhadap kajian di Barat, satu kajian hampir serupa telah dimulakan di Malaysia.




Kesihatan Seksual Terjejas

Selain daripada itu, Obesiti juga didapati memberikan kesan yang tidak diingini terhadap kesihatan seksual seseorang, hasil dari kajian terbaru yang secara asasnya mendapati orang dewasa yang mengalami obesiti kurang aktif dalam seks dan masalah ereksi bagi lelaki manakala bagi wanita pula akan terdedah kepada kandungan tidak terancang.

Dalam kajian tersebut seramai 12,300 orang dewasa berumur 18 hingga 69 tahun terlibat dan 411 responden wanita dan 350 responden lelaki yang terlibat menghadapi isu obesiti. Dapatan kajian tersebut mendapati lelaki yang obes 2.5 kali lebih tinggi menghadapi masalah ereksi atau erectile dysfunction dan lebih terdedah kepada jangkitan penyakit kelamin.

Manakala wanita yang mengalami obesiti pula 4.3 kali lebih cenderung untuk mengandung tanpa dirancang berbanding mereka yang tidak mengalami masalah obesiti.

Kajian tersebut telah dilakukan di Perancis dan United Kingdom dan diterbitkan di British Medical Journal (BMJ) yang dimiliki oleh British Medical Association. Walaubagaimanapun kajian tersebut juga menyebut faktor lokasi, budaya dan gaya hidup mungkin akan mempengaruhi dapatan kajian sekiranya dijalankan di tempat lain.


Kerugian wang ringgit

Kerugian dari segi wang ringgit dan muncul masalah yang lebih parah kesan daripada pengambilan pil-pil pelansing dan rawatan pembedahan, ribuan ringgit wang dibelanjakan untuk diet, ubat-ubatan, dan perawatan-perawatan bagi menurunkan berat badan. Tidak berbeza dengan remaja perempuan, remaja lelaki juga takut atau bimbang menjadi gemuk. Bagi mereka, lelaki yang gemuk berlebih dianggap akan mengalami permasalahan yang cukup berat untuk menarik perhatian indan berlainan jenis. Banyak remaja lelaki yang berharap dapat membuatkan tubuh merela ideal (menjadi sedikit berotot atau tegap) dan keinginan mereka untuk itu pada sebahagian remaja disalurkan melalui aktiviti sukan.

Tetapi sayangnya bagi mereka yang gemuk, aktiviti sukan akan terasa sebagai suatu seksaan. Hal inilah yang seringkali dimanfaatkan oleh para penjual produk-produk ubat-ubatan atau makanan penurun berat badan dan alat sukan ringan untuk melariskan barangan perniagaan mereka. 

Hal ini tergambar menerusi banyaknya wang yang dikeluarkan untuk melakukan diet, membeli ubat-ubatan pelangsing dan peralatan sukan yang bertujuan untuk menurunkan berat badan. Obesiti atau kegemukan terjadi pada ketika badan menjadi gemuk (obese) yang disebabkan oleh penumpukan ‘adipose’ (adipocytes: jaringan lemak khusus yang disimpan di dalamtubuh) secara berlebihan. Jadi, obesiti adalah keadaan di mana seseorang memiliki berat badan yang lebih berat dibandingkan berat idealnya yang disebabkan terjadinya pengumpulan lemak di dalam tubuhnya.




Berhadapan dengan obesiti, seringkali seseorang remaja memberi tindak balas secara berlebihan. Kerap pula mereka menjadi kecewa kerana meskipun sudah melakukan diet secara terancang dan ketat serta mengambil ramuan atau ubat-ubatan penurun berat badan, ternyata kegemukan tubuh tidak juga susut. Pebedahan-pembedahan yang bertujuan untuk buang lemak juga tidak berkesan, merugikan kewangan atau menelan belanja yang tinggi malah boleh meragut nyawa individu yang menjalani pembedahan ini.


Risiko kesihatan

Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialahPenyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung),Strok (angin ahmar), Tekanan darah tinggi, Batu hempedu, Diabetes (kencing manis), Paras kolestrol darah yang tinggi, Gout, Sakit di bahagian bawah belakang badan, Sukar bernafas, Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut gangguan pembuangan air kecil, Penyakit hati dan barah usus. Hal ini amat membimbangkan mereka yang mengalami masalah obesiti.





:: Kurus dengan Shaklee ::



Senaman yang hebat tanpa diet = no weight loss..

Jaga pemakanan dengan slimming set Shaklee.. pastu hari-hari jalan pegi balik naik lrt or bus.. ok la tu, biar turun skit2 jangan terlampau drastik ..




Kebaikan yang anda dapat daripada 




Set Inch Loss Plan - dapatkan berat idaman anda dengan cara sihat..







Promosi April 2015






=========================
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!


Your Shaklee Independent Distributor,

Nida Husnan
SID : 888845
tel : 019-2662359
email : nidahusnan@yahoo.com
=========================


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.




Saturday 11 April 2015

:: Set Kesuburan Basic Shaklee :


Ingin berikhtiar untuk mendapatkan zuriat atau ingin hamil.. Cuba amalkan‪ GLAComplex‬ & BComplex‬ Shaklee.. insyaAllah jangan pernah berhenti berusaha..




Kenapa pilih 2 supplement ini..


GLA Complex

GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg subur ini juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut. Membantu meningkatkan kesuburan dan melegakan PMS (sindrom pra-haid).


B-Complex

Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.


InsyaAllah saya akan membantu dgn cara makan betul..





Promosi April 2015





=========================
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!

Your Shaklee Independent Distributor,
Nida Husnan
SID : 888845
tel : 019-2662359
email : nidahusnan@yahoo.com
=========================


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

:: Parents Teachers Meet ::


Anak-anak adalah kurniaan Allah, menjadi tanggungjawab kita sebagai mak ayah untuk membentuk mereka menjadi seorang yang berjaya dunia & akhirat.. InsyaAllah berusaha sehabis baik.. 

Hari ni tadika Hadif & Hazim, Little Caliph Pandan Mewah mengadakan 'Parents Teachers Meet'. Kami berbincang mengenai perkembangan anak-anak di tadika bagaimana, tahap pencapaian mereka, input dan output daripada parents untuk teachers dan sebaliknya.. 

Dari sini kami sebagai parents tahu, setiap anak itu berlainan kebolehan.. anak kami yang 4 tahun laju perkembangannya di tadika, teachers pun tak banyak komen, bila tengok buku bacaan & Iqra' nya, dia antara yang di hadapan, memang banyak star yang teacher kasi, sticker berterabur sana-sini.. rupanya itu rewards yg teacher bagi supaya mereka semangat nak membaca & participate dalam aktiviti-aktivit lain.

Bagi yang 6 tahun pula, teacher komen, segala aktiviti memang dia yang paling bersungguh-sungguh nak participate, tapi tidak fokus dengan arahan.. dia perlukan perhatian yang lebih.. jika teacher tak ada di sebelah, mulalah dia pun hilang fokus.. dari segi bacaan, alhamdulillah bacaan Iqra' memang lancar, bacaan ruminya dah hampir habis buku ke2 drpd 4 buku.. cuma kene lebihkan latihan untuk numbering dan matematiknya.

Tetap ditekankan supaya parents di rumah juga ada mengajar anak-anak.. jangan melepaskan tanggungjawab pada pihak tadika sahaja, ambil masa paling kurang 5 minit yang relax dan santai untuk mengajak anak-anak membaca, jadikan sebagai rutin setiap hari.. itu yang mama cuba untuk ushakan.. rase bersalah sangat jika balik keje lambat, anak-anak pun dah letih nak pegang buku..

Saya sebenarnya risau, terutamanya anak yg 6 tahun, di tadika teacher boleh nak berikan perhatian yang lebih, seorang teacher mengajar untuk 10 murid ++ sahaja.. bagaimana pula nanti di darjah 1.. dengan size kelas hanya seorang guru untuk mungkin 40++ anak murid.. ohhh dapat ke guru nak beri perhatian ke setiap anak-anak murid.. mungkin akan ada yang tercicir.. insyaAllah guru pun dah cuba sehabis baik mereka kan.. parents pun cuba support anak-anak di rumah..

ok lah, saya nak menghabiskan buku ini, tulisan Pn.Sabariah Faridah Jamaluddin.. diharap dapat memfaatkan isi kandungannya..


Sunday 5 April 2015

:: Cinch Shake Mix ::




Setiap kali anda minum Cinch Shake Mix, anda akan mendapat 24g protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6g serat larut (dicadangkan diambil bersama 1 sudu Shaklee ESP). Ini penting kerana protein digunakan untuk membina otot dan otot mampu menaikkan kadar metabolism dan juga membakar kalori


Makanan yang kaya dengan protein juga boleh menahan kelaparan, yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Tidak lupa juga kepada Leucine - nutrisi penting di dalam Cinch untuk keperluan tubuh kita.


Mari kita mengenali keistimewaan Cinch Shake Mix Shaklee ini:
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa santapan manis
  • Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protin eksklusif diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot
  • Terdapat 24 gram protin dalam setiap sajian
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO






Promosi April 2015





========================= 


Berminat?
Hubungi saya sekarang!!

Your Shaklee Independent Distributor,
Nida Husnan
SID : 888845
tel : 019-2662359
email : nidahusnan@yahoo.com
fb : http://www.facebook.com/nidahusnan
page : http://www.facebook.com/HealthyLifeBeauty

=========================










* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.












Saturday 4 April 2015

:: Ilmu Parenting ::


Di majlis ilmu parenting bersama Ustaz Pahrol Mohd Joi di Surau Al-Kauthar, S4 Bdr Baru Bangi. 1 Jan 2015.

Antara perkongsiannya:

1. Kalau kita berasa sukar mendidik anak bersabarlah. Tgk lah betapa sukar kita nak didik diri sendiri utk istiqamah solat awal waktu, solat berjemah, baca Al-quran sekurang-kurangnya semuka sehari, puasa Isnin Khamis dsbnya.. tambah-tambah lagilah untuk mendidik org lain.. maka bersabarlah dalam mendidik.

Dlm banyak keadaan matlamat kita untukk anak-anak sudah benar tapi kebenaran kerap tewas kerana tidak sabar dan tidak bijaksana.


2. Tuntutlah ilmu berterusan.. walaupun perkara asas. Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.


3. Jangan label anak. Boleh kata anak malas tp jangan label dia 'pemalas'. Panggil nama anak dgn nama yg baik sbb itu adalah labelnya.


4. Letakkan misi dan visi yg jelas kepada anak. Jd hamba Allah yg baik. Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yg baik. Ditambah dengan acquired knowledge ilmu akademik. Sesungguhnya lebih SUKAR didik anak jd BAIK drp didik anak jd CERDIK.


5. Anak bkn milik kita tp amanah kpd kita. Didiklah anak mengikut kehendak pemberi amanah. Jangan bawa anak-anak kepada kita, bawalah anak-anak kpd Allah.


6. Ibu sama dgn ramadhan sbb ibu adalah madrasah anak-anak dan ramadhan adalah madrasah ummah. Ibu ada cuaca dlm rumahtangga. Doa ibu lebih mustajab dr doa ayah kerana sayangnya lebih berakar kpd anak drp ayah.

Sbb itu hadiah terbaik seorang ayah utk anaknya adalah mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.


7. Pendidikan anak-anak bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya. 

Yg sudah berkahwin dan ada anak-anak tidak terlambat untuk membuat kebaikan.. didiklah isteri berterusan. Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.


8. Didiklah anak dgn Al-quran. Ibnu Sina hafiz pada masa umurnya 7 thn. Ini antaranya kerana semasa dlm kandungannya ia telah didik oleh ibu yg hafizah.

Kita bkn hafiz.. tp pastikanlah anak-anak sekurang-kurangnya kenal huruf Al-quran melalui kita. Ambillah barakah ini.


9. Ibu bapa pemimpin kpd anak-anak. Pemimpin yg baik adalah yg besar pengaruhnya kpd anak-anak. Sekarang ni anak-anak tadika lebih percaya ustazah di sekolah dr ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan dr ibu bapanya.. akhirnya ibu bapa hilang pengaruh kerana dunia tapi sempadan amat besar pengaruhnya. 

Tingkatkanlah pengaruh dr rasa percaya dan kepercayaan. Dlm rumahtangga, dipercayai adalah lebih utama drp dicintai. Contoh: Berapa ramai isteri yg mencintai suaminya tp tidak mempercayainya..

Walk the talk. Didiklah diri kita dlm usaha mendidik anak-anak kita. Bantulah anak-anak menjadi soleh dan solehah dgn membanyakkan amalan SUNAT. Oleh itu, untuk mendidik anak-anak mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.


10. Niatkanlah kebaikan yg kita lakukan sprt sedekah banjir dsbnya sbg tawasul anak-anak menjadi baik. Cth: moga dgn sedekah ini, tetaplah solat anak-anakku..


11. Sayangilah anak-anak kerana kita sayang dia bkn kerana sayang diri kita. Cth: kita jadikan anak-anak kuda lumba utk kebanggaan kita. anak dpt result yg baik terus war-warkan.. ank yg tak dpt elok diamkan dan dimarah kerana memalukan kita.. bezakan anak-anak yg pandai dgn yg kurang pandai..


Sedikit perkongsian utk kebaikan bersama.


:: Inch Loss Diet Plan ::


Kitaran Diet yang ditakuti

Pada kebanyakan diet, anda kehilangan lemak dan otot. Apabila anda kehilangan otot, anda kehilangan keupayaan untuk membakar lemak, merendahkan kadar metabolisme anda.

Otot = Metabolisma

Apabila anda tidak meneruskan lagi diet tersebut anda tidak boleh membakar kalori seperti yang anda lakukan sebelum ini. Sebaliknya, berat badan anda bertambah berat. Kitaran ini akan berulang setiap kali anda meneruskan diet. Ianya adalah kesan yo-yo.


50 Tahun Menerajui Sains Nutrisi

Menghilangkan berat badan boleh menjadi sukar sesungguhpun ia nampak mudah. Shaklee mengakui keadaan ini dan kerana itulah Shaklee menjadikan 50 tahun pengalaman dalam bidang nutrisi dan menjadikannya lebih mudah dan selamat dengan CINCH >> Inch Loss Diet Plan.





Ujian Klinikal Ke Atas Formula Leucine



Di dalam percubaan awal, Saintis Shaklee Menguji formula proprietri yang dipertingkatkan dengan leucine (Leucine merupakan otot yang membina asid amino yang terdapat di dalam protin tertentu). Program ini yang dipertingkatkan pemakanan leucine telah menunjukkan dapat mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak (lean muscle mass). Mereka yang menjalani program ini telah kehilangan lemak, berat, inci dan pada masa yang sama mengekalkan otot mereka.






Promosi April 2015!!!




=========================
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!

Your Shaklee Independent Distributor,
Nida Husnan
SID : 888845
tel : 019-2662359
email : nidahusnan@yahoo.com
=========================


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.





Friday 3 April 2015

:: Shaklee April Double Reward Campaign ::


Ni yang makin sayang kat Shaklee ni.. makin meletup-letup offer bonus berganda-ganda.. dah ler promosi sampai 6 produk, bonus nak bagi pun tak ingat masyuknyaaa.. jom nak cita la ni, tak mau la syok sendiri kan.. nak jugak ajak kenkawan lain rase bonus Shaklee ni, ringan skit beban poket kan sambil leh menyimpan..


Shaklee April Double Reward Campaign :





Tapiii jika anda nak rasa semua ni, kene lah berdaftar sebagai Shaklee Independent Distributor yang sah.. bagaimana? bole baca-baca dahulu bagaimana untuk menjadi ahli atau contact saya je terus.. InsyaAllah saya akan membantu sepenuh hati :-)



=========================
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!


Your Shaklee Independent Distributor,

Nida Husnan
SID : 888845
tel : 019-2662359
email : nidahusnan@yahoo.com
=========================


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.






:: KISAH SANGKA BAIK DAN JANGAN TAKBUR ::



KISAH SANGKA BAIK DAN JANGAN TAKBUR

Luangkan hanya 3 minit, Hayati kisah ini...

Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hasan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan. Di sisi mereka terletak sebotol arak.

·

Kemudian Hasan berbisik dalam hati,

"Alangkah buruk akhlak orang itu dan baiknya kalau dia seperti aku!".

·

Tiba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas karena karam.

·

Enam dari tujuh penumpang itu berhasil diselamatkan.

·

Kemudian dia berpaling ke arah Hasan al-Basri dan berkata,

"Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang".

·

Bagaimanapun Hasan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata padanya,

"Tuan, sebenarnya perempuan yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya sendiri, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan anggur atau arak".

·

Hasan al-Basri tertegun lalu berkata,

"Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan".

·

Lelaki itu menjawab,

"Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan".

Semenjak itu, Hasan al-Basri semakin dan selalu merendahkan hati bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.

···

Jika Allah membukakan pintu solat tahajud untuk kita, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang sedang tertidur nyenyak.

···

Jika Allah membukakan pintu puasa sunat, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang tidak ikut berpuasa sunat.

···

Boleh jadi orang yang gemar tidur dan jarang melakukan puasa sunat itu lebih dekat dengan Allah, daripada diri kita. Ilmu Allah sangat amatlah luas...

···

Jangan pernah ujub & sombong pada amalanmu.

Sahabat2ku molek cerita ni boleh jadi pengubat jiwa agar kita terhindar dari sifat mazmumah (tercela).

Thursday 2 April 2015

:: Promosi Shaklee berganda-ganda April 2015 ::


Sedang kita kekalutan dengan GST.. GST di sana sini.. harga barang naik sana sini.. haaa Shaklee nak bagi promo vitamin lebih daripada sebelum-sebelum ni.. 6 produk uolls untuk promo bulan ni.. 

Buy 7 @ 6 price or buy 2 with 5% discount :
* Lecithin
* GLA Complex





Buy 4 @ 3 price : 
* DTX Complex 
* Vitalea for kids
* Cinch Cafe Latte
* Cinch Choc





******************

Saya nak tawarkan something special untuk anda untuk bulan ini sahaja.. sila whatsapp for details : 019-2662359




=========================

Berminat?
Hubungi saya sekarang!!


Your Shaklee Independent Distributor,

Nida Husnan
SID : 888845
tel : 019-2662359
email : nidahusnan@yahoo.com
=========================


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.






Wednesday 1 April 2015

:: Cerita tentang PISANG ::


CERITA PISANG

Seorang guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk.

Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan. Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

”Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

”Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu mereka.

Cikgu mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada menanam perasaan benci.