Pages

Sunday 23 August 2015

:: Petua meningkatkan penyerapan kalsium ::




Jisim Tulang berkembang pada tahap maxima semasa kita berusia 28 Tahun. Dan selepas usia 40 Tahun, kepadatan tulang mula menurun dengan cepat, especially bagi kaum hawa.

Pernah dengar OSTEOPOROSIS? Osteoporosis adalah satu keadaan di mana jumlah kalsium di dalam tulang menjadi berkurangan. Ini menyebabkan tulang mudah patah berbanding biasa.

Wanita lebih terdedah kepada keadaan ini kerana jisim tulang mereka yang lebih ringan berbanding orang lelaki. Secara puratanya kaum wanita mempunyai risiko menghadapi osteoporosis 6 kali lebih tinggi berbanding kaum lelaki.

Masalah yang dihadapi dengan kalsium ialah kadar penyerapannya yang agak rendah. Sebenarnya badan kita hanya memerlukan 150mg kalsium sehari, tetapi memerlukan pengambilan sehingga 10 kali ganda daripada jumlah tersebut.

Dengan pengambilan Supplemen kalsium, telah terbukti secara klinikal bahawa ia akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur dengan berkesan.

Objektif pengambilan kalsium semasa muda adalah untuk membina tulang dan objektif semasa sudah berusia adalah untuk menghalang kehilangan tulang.





Langkah-langkah pencegahan dan pengawalan adalah penting berbanding rawatan dalam mengatasi masalah kereputan tulang.

Untuk penyerapan kalsium ke dalam tulang yang maksimum, kalsium hendaklah diambil :
  • bersama-sama vitamin D
  • bersama-sama magnesium. Sekiranya pengambilan kaslium banyak tetapi pengambilan magnesium tidak dipertingkatkan selari dengan pengambilan kalsium, kalsium akan mula berkumpul di bahagian-bahagian otot, jantung dan buah pinggang, membentuk batu karang.
  • selepas makan.

Untuk mempertingkatkan lagi penyerapan kalsium, makanan dan minuman ini hendaklah dijauhkan :
  • Pengambilan daging, makanan yang tinggi dengan protein dan makanan yang berasid mempercepatkan proses osteoporosis. Oleh itu ia hendaklah dikurangkan terutamanya oleh mereka yang berisiko tinggi mengalami osteoporosis.
  • Pengambilan air berkaffein dan alkohol mempercepatkan pengeluaran kalsium dari badan melalui air kencing.
  • Pengambilan kalsium bersama-sama produk yang tinggi dengan lemak seperti coklat adalah sangat tidak digalakkan. Oxalic acid yang terdapat di dalam coklat akan bertindak balas dengan kalsium dan membentuk batu karang.
  • Pengambilan cereal bersama-sama kalsium menghalang penyerapan kalsium yang efficien.
  • Pengambilan garam yang tinggi menyebabkan kalsium lebih banyak dikeluarkan dari sistem badan kita.
  • Penggunaan ubat steroid seperti Prednisolone akan menyebabkan struktur tulang menjadi lemah.

Jangan abaikan pengambilan kalsium anda..


No comments:

Post a Comment

jangan segan silu tinggalkan komen anda.. terima kasih..