Pages

Thursday 20 August 2015

:: Kos perubatan yang tinggi ::




Lama tak menghapdet blog.. kengkangan kerja ngan rumahtangga sampaikan kadangkala macam tak cukup 24 jam yg Allah beri.. malam ni cuba juga nak update blog skit, anak-anak ade yg dah tido, sambil-sambil mama meluruskan pinggang, adoi.. tido hospital menjaga org sakit, lama-lama kita pun boleh sakit dibuatnya.. walau pun pesakitnye tak byk ragam, tp xde la kita dpt nak rehat-rehat, baring-baring kat situ kan.. sepanjang hari duduk, malam lak kongsi katil tido statik je nak pusing tak boleh, dah la badan ni comel kan..

Itu lah nak cerita ni, pesakitnye Hazim, anak kedua saya, demam panas sampai cecah 40, walau dah bg ubat setiap 4 jam.. tu yg tak berlengah terus pergi hospital. Lagi pun memang dah nampak lembik sgt, asal makan or minum je kluar balik.. pe lagi doktor pun admitkan tuk masukkan air n monitor demamnya.. result darah ok, diagnosis doktor -- viral fever..

Admitted kat Hospital Pantai Ampang lebih kurang pkl 9 lebih malam.. itu hospital private terdekat dgn rumah, memandangkan ade medical card dr Etiqa, wajiblah menggunakannya.. tapi mase registration tu nak tercekik jugak la bila dibagi penerangan yg admission ke ward memerlukan deposit sebanyak RM500.. haa banyak tu, banyak la bagi kami yg lagi 2-3 hari nak gaji ni, sob sob hujung bulan tau, dalam kepala ligat pikir, ade la simpanan hasil bonus Shaklee utk emergency macam ni.. ingatkan kalau dah ade medical card tak perlu pikir dah tentang kos utk mendapatkan rawatan, husband siap cakap, nak patah balik ke Hospital Ampang ke, ohh no dah sampai sini, sian lak Hazim memang dah lembik sgt. Kalau ke Hospital Ampang nak tunggu berapa jam pulak..

So masuk la gak ke Hospital Pantai Ampang, katil byk dah yg penuh katenye, tinggal 4 bedded je, tak pe lah, x kesah sgt.. asalkan dapat rawat hazim segera.. tapi bila dah dapat katil, jd kisah sebab alahai, kaum bapa pun bole bermalam sekali.. jadinye cam kurang selesa.. punya la kita duk suruh husband sendiri balik sebab nanti org lain x selesa lak..haiii nak wat camne, diorg pun bayar kan.. lagi pun bukan dapat tido pun, pkl 12 mlm nurse dtg suh Hazim makan ubat, pkl 2 pg ambik suhu, pkl 4 mkn ubat lg, pkl 6 ambik suhu, pkl 8 mkn ubat lg, camtu la siang pun.. 

Setakat ni memang puas hati dengan layanan nurses, memang baik.. doktor pun baik, elok je dpt katil, setgh jam doktor dah dtg tengok, siang hari 2-3x doktor dtg..

Petang next day Hazim tak demam dah, alhamdulillah.. tp doktor nak monitor lg, tu yg 2 mlm gak tido hospital.. boleh lah rekomen kalau nak dapatkan rawatan di sini, memang layanan 1st class.. 

Nak cerita pasal bil, saje je mintak diorg printkan sbb patutnya tak perlu, Etiqa yg akan uruskan semua, ohh mai.. almost 3K untuk 2 hari 2 malam.. kalau tak ada medical card cane.. deposit je RM500 yg akan refund dlm tempoh 10 hari, haii nangis.. tapi demi anak-anak, nakkan yg terbaik utk mereka, mak ayah mane la yg tak sayang anak oii..

Alhamdulillah dapat kumpul duit simpanan lebih sikit sejak berkenalan dengan Shaklee ni, nak harapkan gaji tiap-tiap bulan cukup-cukup untuk perbelanjaan bulan-bulan.. elok sangat bonus Shaklee pun dapat setiap pertengahan bulan..



***************************






=========================
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!

Your Shaklee Independent Distributor,
Nida Husnan
SID : 888845
tel : 019-2662359
email : nidahusnan@yahoo.com
=========================


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


No comments:

Post a Comment

jangan segan silu tinggalkan komen anda.. terima kasih..