Pages

Monday 22 December 2014

:: ADHD & OMEGAGUARD ::




ADHD

ADHD (Attention Deficit and Hyperactivity Disorder) ialah sejenis gangguan psikologi yang sangat banyak dilihat pada kanak-kanak. Gangguan jenis ni bolehlah dikira sebagai agak kerap dalam populasi kanak-kanak dunia berbanding dengan gangguan yang lain seperti child depression, child schizophrenia, dan sebagainya. Kalau di sekolah, simptom ni bukan biasa dilihat di unit Pendidikan Khas sahaja malah kadang-kadang ciri ADHD boleh dilihat dalam kelas pelajar biasa yang tidak berdaftar sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU). Mengapa bahaya? Sebab jika tidak dikawal sejak kecil maka ia akan berlarutan sehingga dewasa.

Jadi apabila kita bercakap tentang ADHD, mungkin soalan yang paling kerap ditanya ialah apa ciri-ciri kanak-kanak ADHD? Biasanya gangguan ni ditunjukkan dalam 3 perkara iaitu tak boleh tumpukan perhatian, masalah mengawal tingkah laku, dan hiperaktif, terlampau aktif tak reti duduk diam.

ADHD ada 3 jenis, iaitu jenis hiperaktif-impulsif, jenis inatentif (tidak menumpukan perhatian), dan akhir sekali jenis hiperaktif-inatentif. Sebelum anda meneruskan bacaan ke bawah, ahrus diingati bahawa simptom yang ditulis hanya berfungsi sebagai petunjuk awal dan diagnosis hanya boleh dilakukan oleh pakar.


SIMPTOM ADHD

Seperti yang diterangkan di atas, kanak-kanak yang mempunyai ADHD kelihatan normal seperti kanak-kanak biasa (terlampau aktif, tidak tumpukan perhatian dsb) tetapi simptom mereka sebenarnya adalah lebih teruk daripada kanak-kanak biasa dan juga tanda-tanda yang dilihat mestilah melebihi daripada setengah tahun


Simptom kurang perhatian
  • Tumpuan senang terganggu
  • Mempunyai masalah untuk fokus terhadap sesuatu
  • Cepat berasa bosan apabila melakukan sesuatu selepas beberapa minit
  • Selalu kehilangan barang dan terlupa menghantar kerja rumah
  • Tidak memeberikan respons apabila bercakap
  • Mengalami masalah untuk memproses maklumat dengan pantas dan tepat
  • Mengalami masalah mengikuti arahan

Simptom hiperaktif
  • Tidak boleh diam semasa duduk
  • Bercakap dengan tanpa berhenti
  • Berlari-lari dan menyentuh semua benda yang boleh dicapai
  • Sentiasa bergerak
  • Tidak boleh duduk diam di meja makan
  • Tidak mampu untuk melakukan aktiviti dalam keadaan senyap

Simpton impulsif (perbuatan mengejut, tiba-tiba)
  • Sangat tidak sabar
  • Mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya, dan bertindak tanpa memikirkan akibatnya
  • Mempunyai masalah untuk menunggu giliran
  • Selalu memintas atau memotong percakapan atau aktiviti orang
  • Untuk mengelakkan pembaca daripada melakukan diagnosis sendiri tanpa bantuan pakar, cukuplah jika dinyatakan bahawa jika orang yang anda kenali mempunyai 6 atau lebih daripada simptom yang telah dinyatakan di atas, maka anda disaraknkan untuk mendapatkan khidmat pakar psikologi kanak-kanak kerana gangguan ini merupakan satu gangguan psikologi yang boleh menyebabkan masalah pada proses pertumbuhan kanak-kanak sebagai manusia yang sempurna fizikal dan mentalnya.

SEBAB BERLAKUNYA ADHD

Sama seperti gangguan mental yang lain, sebab muktamad masih belum dijumpai tetapi ramai pakar telah bersetuju bahawa ADHD adalah disebabkan oleh faktor genetik. Hasil kajian mereka menunjukkan ADHD berlaku pada kembar seiras. Jika anak kembar yang A mempunyai ADHD, maka B pun akan mempunyai ADHD kerana ia terjadi sejak dalam kandungan lagi. Kajian baru juga menunjukkan bahawa otak pesakit ADHD adalah lebih 'nipis' pada bahagian yang mengawal tumpuan



Antara sebab lain berlakunya ADHD ialah berpunca daripada asap rokok, alkohol, dan juga pendedahan kepada plumbum dalam cat dinding mengikut kajian-kajian lain. Ini menjelaskan sebab ADHD banyak dilihat dalam keluarga yang mempunyai pendapatan rendah kerana mereka yang mempunyai latar demografi inilah banyak menyalahgunakan alkohol, dan rokok.


BAGAIMANA MAHU MENGUBATI ADHD?

Disebabkan otak dan psikologi manusia adalah sesuatu yang sangat kompleks maka setakat ini kita hanya ada cara untuk mengurangkan simptom dan menambahbaik kefungsian pesakit dalam kehidupan seharian mereka. Secara umumnya, memberi ubat-ubatan yang khusus dan disertakan dengan terapi psikologi seperti psikoterapi, dan pendidikan bersesuaian dengan tahap individu merupakan cara yang terbaik untuk merawat simptom ADHD.

Walau bagaimanapun, ubat-ubatan mempunyai kesan-kesan sampingan yang perlu diketahui oleh ibu-bapa yang mempunyai ahli keluarga dengan ADHD. Antara kesan sampingan ubatan ialah:
  • Kehilangan selera
  • Masalah tidur
  • mild anhedonia . Tiada perasaan atau emosi
  • Sekali lagi diingatkan bahawa informasi yang ditulis dalam blog ini hanya sebagai pendedahan kepada umum dan tidak bermaksud untuk dijadikan sebagai panduan diagnosis.




*****************

Tahukah anda Omega 3 sangat baik untuk meningkatkan kesihatan anak secara keseluruhan dan perkembangan mental dan fizikal. Hal ini terbukti bahwa anak-anak yang mengkonsumsi Omega 3 sebagai suplemen memiliki kemampuan baca yang lebih baik.

Kenapa memilih Omegaguard Shaklee, ini kerana Omegaguard Shaklee adalah yang terbaik dengan kandungan EPA & DHA yang tinggi.







Manfaat Omega Guard Shaklee untuk kanak-kanak:
  • Meningkatkan sistem imun tubuh kanak-kanak (selesema, demam kurang inshaALLAH)
  • Kesihatan sistem kardiovascular (jantung, arteri, salur darah yang sihat)
  • Membantu merawat eczema. Omega Guard ni bagus kalau nak kulit cantik tau ;-)
  • DHA dan EPA dengan untuk perkembangan minda kanak-kanak.
  • Disyorkkan untuk kanak-kanak hyperactive dan autisme
  • Dan banyak lagi sehingga mereka dewasa



Pandangan Dr.Zubaidi : di sini.



=========================
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor,

Nida Husnan
SID : 888845
tel : 019-2662359
email : nidahusnan@yahoo.com
=========================


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.














No comments:

Post a Comment

jangan segan silu tinggalkan komen anda.. terima kasih..