Pages

Wednesday, 10 December 2014

:: 1st time pergi Labuan ::




Setelah 6 tahun berkahwin, inilah pertama kali berkesempatan mengikut en.somi pergi outstation ke Labuan.. bukan apa, sebelum ni kalau nak follow pun, leceh lak nak mengangkut askar-askar berderet-deret ni.. kali ni kebetulan cuti sekolah, mintak tolong ucu lah yang jage Hazim ngan Nuha, Hadif dah ikut neneknya duduk di kg dari awal cuti sekolah lagi.. lagi pun hari tu dah bawa diorang naik elopen (bahasa hazim) pergi Langkawi.. 

Kalau nak suggestkan melawat ke Labuan tu ok lah, cuma setakat 2 hari pun dah cukup kot, kecik je pulaunya, yang paling best seafood kat sane.. fresh & murah.. malam tu kitorang gi Anjung Ketam, fuhhh memang terbaikkkk.. menjilat jari laa..

Waktu di sana cerah awal sejam sejam lebih kurang banding semenanjung.. waktu solat juga begitu.. bayang kan pkl 4.45 pagi dah subuh.. rase macam baru melelapkan mata.. pkl 6 pagi kitorg dah bertolak ke pasar tempat ikan-ikan baru naik.. memang rambang mata, rase nak borong semua..




Waktu ni baru pkl 6.20 pagi.. 


Tapi dah macam-macam ikan depan mata tu, saya beli udang dengan ketam je.. ketam sekilo RM15, mane nak dapat kat pasar, besar-besar lak tu, 5 ekor 1.8kg.. yummyyy..

Saya ade ambik no contact kedai sane, if you feel to eat buat hard to find the fresh one, haa bole contact orang sane suh pos kan.. sampai kat tangan still beku tau.. 

No comments:

Post a Comment

jangan segan silu tinggalkan komen anda.. terima kasih..