Pages

Saturday, 14 February 2015

:: Fungsi Vitamin C ::




Fungsi Vitamin C :

Diperlukan dalam penghasilan Kolagen (Collagen) semulajadi badan , di mana kolagen ini amat penting sebagai struktur utama komponen dalam saluran darah, tendon, ligaments, tulang, gigi, rambut dan kulit.




Penting untuk penghasilan bahan neurotransmitter & hormone norepinephrine, di mana bahan – bahan ini amat kritikal didalam fungsi otak & saraf manusia .

Sebagai bahan ANTIOKSIDAN didalam tubuh yang berfungsi untuk melawan dan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas yang menyebabkan penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung, stroke, barah dsbgnya. Radikal bebas ini terhasil secara semulajadi didalam tubuh kerana proses-proses biokimia didalam badan dan juga disebabkan oleh faktor luaran seperti pencemaran (air, udara, makanan), stress, toxin, pancaran sinar ultra ungu (UV light) dari matahari dsbgnya.



Membantu untuk mengaktifkan agen –agen antioksida yang lain didalam tubuh seperti Vitamin E, Glutathione dsbgnya

Untuk sintesis bahan yang dipanggil L-Carnitine yang bertanggungjawab memindahkan molekul lemak kedalam sel-sel yang lain untuk menjana tenaga tubuh dan pembinaan otot–otot badan.

Membantu dalam metabolisme kolesterol didalam badan untuk membentuk asid hempedu (Bile Acids) oleh itu ia membantu mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah dan mencegah batu karang didalam pundi hempedu (Gall Stone).

Sebagai coenzyme didalam tubuh badan yang membantu dalam proses biokimia menjadikan bahan proline dan lysine kepada Hydroxyproline dan Hydroxylysine sebagai struktur asas untuk pembinaan kolagen

Diantara fungsi lain Vitamin C (secara ringkasnya) :

(a) Sebagai Anti Oksidan yang penting.
(b) Pemulihan luka dan melecur.
(c) Pembinaan colagen dalam badan.
(d) Membantu tumbesaran tissu tubuh manusia.
(e) Membantu penghasilan hormon.
(f) Membantu penghasilan protin untuk sistem immuniti tubuh.
(g) Membantu dalam pencegahan kanser, strok, sakit jantung koronari, jangkitan kuman yang teruk.
(h) Membantu mengurangkan kolesterol darah LDL dan menambah kolesterol HDL (baik).
(i) Membantu mencegah atherosclerosis (mendapan kolesterol pada dinding saluran darah).
(j) Mencegah lebam (bruises) dan pendarahan dari gusi atau hidung tanpa sebab.
(k) Membantu memelihara kulit yang sihat dan cerah.
(l) Mencegah penyakit katarak (cataract) mata.
(m) Membantu mengawal tekanan darah tinggi.
(n) Membantu mengawal dan mengurangkan selsema





=========================
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!

Your Shaklee Independent Distributor,
Nida Husnan
SID : 888845
tel : 019-2662359
email : nidahusnan@yahoo.com
=========================


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



No comments:

Post a Comment

jangan segan silu tinggalkan komen anda.. terima kasih..