Pages

Friday 3 October 2014

:: Kepentingan KALSIUM ::




Secara kasarnya, wanita memerlukan lebih kalsium berbanding lelaki. Wanita remaja memerlukan kalsium yang cukup untuk menguatkan tulang mereka di samping membantu mengawal osteoporosis semasa mereka semakin dewasa dan tua. Wanita Asia yang mempunyai struktur badan yang kecil dan ketumpatan tulang yang rendah lebih berisiko tinggi menghadapi osteoporosis.






Masalah yang dihadapi dengan kalsium ialah kadar penyerapannya yang agak rendah. Sebenarnya badan kita hanya memerlukan 150mg kalsium sehari, tetapi memerlukan pengambilan sehingga 10 kali ganda daripada jumlah tersebut.


Sumber-sumber kalsium

Kalsium banyak didapati melalui pengambilan susu dan makanan dairy (tenusu) yang lain. Bagaimanapun, pengambilan yang berlebihan menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi. Ada juga individu yang alahan dengan barangan tenusu.

Selain daripada itu, kalsium juga boleh didapati melalui sardin, ikan bilis, tofu, oyster, sayuran mentah, udang dan kekacang.

Sebagai perbandingan kasar, 600mg kalsium adalah bersamaan dengan :
  • 3 gelas susu,
  • 4.6kg daging,
  • 15 biji telur,
  • 70g cheese,
  • 400g ais krim, atau
  • 2 cawan yoghurt.


Osteoporosis

Osteoporosis adalah satu keadaan di mana jumlah kalsium di dalam tulang menjadi berkurangan. Ini menyebabkan tulang mudah patah berbanding biasa.

Wanita lebih terdedah kepada keadaan ini kerana jisim tulang mereka yang lebih ringan berbanding orang lelaki. Secara puratanya kaum wanita mempunyai risiko menghadapi osteoporosis 6 kali lebih tinggi berbanding kaum lelaki.

Antara penyebab utama berlakunya keadaan ini ialah :
  • kurangnya senaman. Senaman membina jisim tulang yang kuat untuk mencegah osteoporosis semasa usia meningkat
  • kurang pengambilan kalsium
  • pengurangan hormon oestrogen pada wanita yang telah menopause
  • risiko lain termasuklah pengambilan alkohol dan merokok

Waktu anda berusia remaja sehingga usia 35 tahun adalah masa pembentukan tulang yang paling banyak dan terpenting. Untuk mengelakkan proses osteoporosis pada usia lanjut, pengambilan kalsium yang secukupnya adalah diperlukan semasa usia ini.

Kehilangan tisu tulang berlaku perlahan-lahan dan tiada tanda-tanda awal. Tetapi apabila kepadatan tulang makin menurun, melakukan aktiviti biasa dan ringan boleh menyebabkan keretakan tulang. Keretakan osteoporosis yang teruk akan menyebabkan sakit tulang belakang dan kehilangan ketinggian.


Perkara-perkara lain

Langkah-langkah pencegahan dan pengawalan adalah penting berbanding rawatan dalam mengatasi masalah kereputan tulang.

Untuk penyerapan kalsium ke dalam tulang yang maksimum, kalsium hendaklah diambil :
  1. bersama-sama vitamin D
  2. bersama-sama magnesium. Sekiranya pengambilan kaslium banyak tetapi pengambilan magnesium tidak dipertingkatkan selari dengan pengambilan kalsium, kalsium akan mula berkumpul di bahagian-bahagian otot, jantung dan buah pinggang, membentuk batu karang.
  3. selepas makan.


Untuk mempertingkatkan lagi penyerapan kalsium, makanan dan minuman ini hendaklah dijauhkan :

  • Pengambilan daging, makanan yang tinggi dengan protein dan makanan yang berasid mempercepatkan proses osteoporosis. Oleh itu ia hendaklah dikurangkan terutamanya oleh mereka yang berisiko tinggi mengalami osteoporosis.
  • Pengambilan air berkaffein dan alkohol mempercepatkan pengeluaran kalsium dari badan melalui air kencing.
  • Pengambilan kalsium bersama-sama produk yang tinggi dengan lemak seperti coklat adalah sangat tidak digalakkan. Oxalic acid yang terdapat di dalam coklat akan bertindak balas dengan kalsium dan membentuk batu karang.
  • Pengambilan cereal bersama-sama kalsium menghalang penyerapan kalsium yang efficien.
  • Pengambilan garam yang tinggi menyebabkan kalsium lebih banyak dikeluarkan dari sistem badan kita.
  • Penggunaan ubat steroid seperti Prednisolone akan menyebabkan struktur tulang menjadi lemah.




********************










=========================
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor,

Nida Husnan
SID : 888845
tel : 019-2662359
email : nidahusnan@yahoo.com
=========================


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


No comments:

Post a Comment

jangan segan silu tinggalkan komen anda.. terima kasih..