Pages

Sunday, 9 March 2014

:: Rambut saya BANYAK GUGUR ::








Saya yakin tak kira lelaki atau perempuan mesti mengalami masalah rambut gugur.. stress kalau nak menyapu tu, banyaknye rambut dilantai. Pastu terasa pulak rambut semakin nipis, alamak nak botak ke.. Mari kita teliti apa yang boleh menjadi punca keguguran rambut.

Punca-Punca Rambut Gugur Berlebihan

Keguguran rambut adalah sangat berkait dengan masalah kesihatan dan kekurangan nutrisi. Selain itu, ada juga yang disebabkan oleh gaya hidup seseorang seperti pemakanan yang tidak sihat, merokok dan sebagainya. Antara punca utama masalah rambut gugur ialah:

1. Gangguan pada Kelenjar Tiroid
Rambut gugur adalah satu tanda seseorang itu mengalami gangguan pada kelenjar tiroid samada ianya hypotiroid atau hipertirod (tiroid terlalu rendah atau terlalu tinggi). Kelenjar tiroid mengalawal pertumbuhan sel badan. Oleh itu jika terganggu maka akan turut merencat kitaran pertumbuhan rambut yang normal. Biasanya disamping masalah rambut, pesakit tiroid turut mengalami masalah berat badan berlebihan atau terlalu kurus, sensitif dengan cuaca panas atau sejuk, dan mempunyai kadar denyutan jantung yang tidak stabil

2. Hormon Yang Tidak Stabil atau PCOS (Polycystic Ovary Syndrome)
Jika anda mengalami gejala rambut gugur beserta dengan masalah seperti haid tidak teratur, sukar hamil (masalah kesuburan), jerawat yang banyak dan berterusan, obesiti -  anda mungkin mengalami masalah hormon yang tidak stabil atau gejala PCOS.
Ini kerana hormon kelakian (androgen) dihasilkan dalam kadar yang lebih dari sepatutnya dan menyebabkan pertumbuhan bulu yang lebat di muka & badan tetapi semakin menipis di kepala.
Bagi wanita yang menopous, gejala rambut gugur akan berlaku disebabkan perubahan hormon.

3. Kesan Selepas Kehamilan
Ketika kehamilan, kedaan rambut berada di peringkat terbaik kerana aktiviti hormone di peringkat yang optimum. Keguguran rambut bermula setelah melahirkan, kerana hormon wanita secara tiba-tiba berubah dan menyebab ketidakstabilan. Selalunya keguguran ini bermula setelah empat bulan melahirkan anak dan berterusan selama dua bulan.


4. Kesan dari Ubat-Ubatan atau Pil Perancang Kehamilan
Ubatan untuk sesetengah rawatan boleh memberi kesan keguguran rambut terutamanya ubatan yang mengawal tekanan darah, penyakit jantung, artritis atau depresi.
Bagi wanita yang sihat, mempunyai berat yang sesuai, mempunyai kitaran haids yang tetap, makan makanan berkhasiat tetapi menggunakan pil perancang keluarga, boleh menyebabkan hormon dalam badannya menjadi tidak stabil. Akibatnya ia menyebabkan keguguran rambut.
Berlainan dengan wanita yang mempunyai kitaran haids yang tidak teratur, dan beliau memakan pil perancang untuk menstabilkan hormon, pengambilan pil perancang ini akan menyebabkan rambutnya lebat dan kekal sihat.


5. Kekurangan Nutrisi Penting dalam Diet
Diet yang tidak seimbang turut menjadi faktor, terutamanya jika kekurangan zinc atau protein. 
Zinc penting untuk pertumbuhan sel yang normal. Kekurangannya akan melemahkan sel & melambatkan penyembuhan luka. Untuk kes rambut gugur, kekurangan zinc akan melemahkan sel di kulit kepala dan meningkatkan keguguran rambut. Disamping itu, rambut juga akan kelihatan kusam dan cepat beruban. Sumber semulajadi zinc dan protein banyak terdapat dari sumber seperti daging, ayam, ikan, makanan laut dan produk tenusu.
Protein turut sama penting untuk pertumbuhan sel yang sihat. 

6. Stress Yang Melampau
Stress akan menganggu fungsi tubuh serta hormon seterusnya mengakibatkan rambut gugur


Sebenarnya, kekerapan menyikat rambut boleh menyebabkan anda mengalami masalah keguguran rambut dengan lebih mudah. Melihat jumlah helaian rambut yang gugur selepas mencucinya pula cara paling mudah untuk mengenal pasti anda mengalami keguguran rambut.Selain itu, tabiat suka berkongsi sikat sesama ahli keluarga mahupun rakan juga mendedahkan anda kepada risiko ini kerana jangkitan bakteria mudah tersebar melalui cara ini.


*******************************

Beberapa petua untuk merawat rambut gugur disamping dapat melebatkan rambut yang jarang. Boleh cuba amalkan. In Shaa Allah usaha kita berkesan.

Petua Rambut Gugur 1
Pertama sekali selalulah menyapukan perahan air limau nipis untuk menghilangkan kelemumur selama 2 minggu. Kelemumur juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Kemudiannya anda memerlukan santan untuk menyuburkan rambut.

Petua Rambut Gugur 2
Santan perlu dilumurkan keseluruhan rambut hingga kekulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Tidak perlu terburu-buru untuk membasuhnya perapkan dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Buatlah barang sebulan.

Petua Rambut Gugur 3
Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.

Petua Rambut Gugur 4
Dengan menggunakan kulit tembikai (bahagian dalam), gosokkannya pada kulit kepala anda.Kemudian biarkan ia meresap ke kulit kepala anda. Tunggu dalam 15 ke 30 minit dan cucilah sampai bersih.
Kalau anda nak biarkannya semalaman pun boleh. Buat sebelum masuk tidur dan keesokannya baru cuci. Gunakan shower cap atau balut dengan kain supaya tak meleleh kat bantal. Amalkan petua ni hanya sekali dalam seminggu.

Petua Rambut Gugur 5
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.
Kesimpulannya, jagalah kesihatan rambut anda dengan cermat. terutama kepada yang perempuan, jagalah ianya sebaiknya.


*******************************

Pssstt.. nak tau cara menyelesaikan masalah keguguran rambut dengan senang.. dengan pengambilan supplement Shaklee.. InsyaAllah jika kita berusaha..






=========================
Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor,


Nida Husnan
SID : 888845
tel : 019-2662359
email : nidahusnan@yahoo.com
=========================


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.








No comments:

Post a Comment

jangan segan silu tinggalkan komen anda.. terima kasih..