Saya yakin tak kira lelaki atau perempuan mesti mengalami
masalah rambut gugur.. stress kalau nak menyapu tu, banyaknye rambut dilantai. Pastu
terasa pulak rambut semakin nipis, alamak nak botak ke.. Mari kita teliti apa
yang boleh menjadi punca keguguran rambut.
Punca-Punca Rambut
Gugur Berlebihan
Keguguran rambut adalah sangat berkait dengan masalah
kesihatan dan kekurangan nutrisi. Selain itu, ada juga yang disebabkan oleh
gaya hidup seseorang seperti pemakanan yang tidak sihat, merokok dan
sebagainya. Antara punca utama masalah rambut gugur ialah:
1. Gangguan pada Kelenjar Tiroid
Rambut gugur adalah satu tanda seseorang itu mengalami
gangguan pada kelenjar tiroid samada ianya hypotiroid atau hipertirod (tiroid
terlalu rendah atau terlalu tinggi). Kelenjar tiroid mengalawal pertumbuhan sel
badan. Oleh itu jika terganggu maka akan turut merencat kitaran pertumbuhan
rambut yang normal. Biasanya disamping masalah rambut, pesakit tiroid turut
mengalami masalah berat badan berlebihan atau terlalu kurus, sensitif dengan
cuaca panas atau sejuk, dan mempunyai kadar denyutan jantung yang tidak stabil
2. Hormon Yang Tidak Stabil atau PCOS (Polycystic Ovary Syndrome)
Jika anda mengalami gejala rambut gugur beserta dengan
masalah seperti haid tidak teratur, sukar hamil (masalah kesuburan), jerawat
yang banyak dan berterusan, obesiti - anda mungkin mengalami masalah
hormon yang tidak stabil atau gejala PCOS.
Ini kerana hormon kelakian (androgen) dihasilkan dalam kadar
yang lebih dari sepatutnya dan menyebabkan pertumbuhan bulu yang lebat di muka
& badan tetapi semakin menipis di kepala.
Bagi wanita yang menopous, gejala rambut gugur akan berlaku
disebabkan perubahan hormon.
3. Kesan Selepas Kehamilan
Ketika kehamilan, kedaan rambut berada di peringkat terbaik
kerana aktiviti hormone di peringkat yang optimum. Keguguran rambut bermula
setelah melahirkan, kerana hormon wanita secara tiba-tiba berubah dan menyebab
ketidakstabilan. Selalunya keguguran ini bermula setelah empat bulan melahirkan
anak dan berterusan selama dua bulan.
4.
Kesan dari Ubat-Ubatan atau Pil Perancang Kehamilan
Ubatan untuk sesetengah rawatan boleh memberi kesan keguguran rambut
terutamanya ubatan yang mengawal tekanan darah, penyakit jantung, artritis atau
depresi.
Bagi wanita yang sihat, mempunyai berat yang sesuai, mempunyai kitaran haids
yang tetap, makan makanan berkhasiat tetapi menggunakan pil perancang keluarga,
boleh menyebabkan hormon dalam badannya menjadi tidak stabil. Akibatnya ia
menyebabkan keguguran rambut.
Berlainan dengan wanita yang mempunyai kitaran haids yang
tidak teratur, dan beliau memakan pil perancang untuk menstabilkan hormon,
pengambilan pil perancang ini akan menyebabkan rambutnya lebat dan kekal sihat.
5. Kekurangan Nutrisi Penting dalam Diet
Diet yang tidak seimbang turut menjadi faktor, terutamanya
jika kekurangan zinc atau protein.
Zinc penting
untuk pertumbuhan sel yang normal. Kekurangannya akan melemahkan sel &
melambatkan penyembuhan luka. Untuk kes rambut gugur, kekurangan zinc akan
melemahkan sel di kulit kepala dan meningkatkan keguguran rambut. Disamping
itu, rambut juga akan kelihatan kusam dan cepat beruban. Sumber semulajadi zinc
dan protein banyak terdapat dari sumber seperti daging, ayam, ikan, makanan
laut dan produk tenusu.
Protein turut
sama penting untuk pertumbuhan sel yang sihat.
6. Stress Yang
Melampau
Stress akan menganggu fungsi tubuh serta hormon seterusnya
mengakibatkan rambut gugur
Sebenarnya, kekerapan menyikat rambut boleh
menyebabkan anda mengalami masalah keguguran rambut dengan lebih mudah. Melihat
jumlah helaian rambut yang gugur selepas mencucinya pula cara paling mudah
untuk mengenal pasti anda mengalami keguguran rambut.Selain itu, tabiat suka
berkongsi sikat sesama ahli keluarga mahupun rakan juga mendedahkan anda kepada
risiko ini kerana jangkitan bakteria mudah tersebar melalui cara ini.
*******************************
Beberapa petua untuk merawat rambut gugur disamping dapat
melebatkan rambut yang jarang. Boleh cuba amalkan. In Shaa Allah usaha kita
berkesan.
Petua Rambut Gugur 1
Pertama sekali selalulah menyapukan perahan air limau nipis
untuk menghilangkan kelemumur selama 2 minggu. Kelemumur juga boleh menyebabkan
keguguran rambut. Kemudiannya anda memerlukan santan untuk menyuburkan rambut.
Petua Rambut Gugur 2
Santan perlu dilumurkan keseluruhan rambut hingga kekulit
kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Tidak perlu terburu-buru untuk
membasuhnya perapkan dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan
meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Buatlah barang sebulan.
Petua Rambut Gugur 3
Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut
gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan.
Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga
kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur
malah semakin cantik dan sihat.
Petua Rambut Gugur 4
Dengan menggunakan kulit tembikai (bahagian dalam),
gosokkannya pada kulit kepala anda.Kemudian biarkan ia meresap ke kulit kepala
anda. Tunggu dalam 15 ke 30 minit dan cucilah sampai bersih.
Kalau anda nak biarkannya semalaman pun boleh. Buat sebelum
masuk tidur dan keesokannya baru cuci. Gunakan shower cap atau balut dengan
kain supaya tak meleleh kat bantal. Amalkan petua ni hanya sekali dalam
seminggu.
Petua Rambut Gugur 5
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya
bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga
rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn
getah.
Kesimpulannya, jagalah kesihatan rambut anda dengan cermat.
terutama kepada yang perempuan, jagalah ianya sebaiknya.
*******************************
Pssstt.. nak tau cara menyelesaikan masalah keguguran rambut dengan senang.. dengan pengambilan supplement Shaklee.. InsyaAllah jika kita berusaha..
=========================
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor,
Nida
Husnan
SID :
888845
tel :
019-2662359
email
: nidahusnan@yahoo.com
=========================
*
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah
sebarang jenis penyakit.