Tahniah bagi mama, ibu, emak yg baru melahirkan & bercadang untuk menyusukan baby mereka secara ekslusif. Banyak manfaat susu ibu berbanding susu formula.
Bagaimana harus saya bersedia untuk menyusui bayi saya?
Belajar sebanyak yang mungkin tentang penyusuan badan sebelum bayi anda lahir. Cara-cara paling biasa dan efektif:
- Bincang dengan ibu menyusu yang lain.
- Baca buku untuk biasakan diri.
- Hubungi organisasi sokongan penyusuan badan di tempat anda.
- Cuba sertai kelas penyusuan atau sesi persediaan penyusuan badan (dianjurkan oleh banyak hospital sebagai sebahagian daripada kursus pranatal mereka) menjelang penghujung kehamilan anda.
Semakin banyak yang anda tahu tentang cara-cara dan faedah menyusu badan, semakin cerah peluang anda menjayakannya.
Sama ada anda memikirkannya atau tidak, badan anda ketika ini sedang bersiap sedia untuk penyusuan badan. Ini adalah salah satu sebab mengapa payudara anda menjadi begitu besar semasa hamil. Ketika ini, duktus susu dan sel penghasilan susu anda sedang berkembang, dan lebih banyak darah mengalir ke payudara berbanding sebelumnya. Tetapi saiz payudara tidak ada kaitan dengan keupayaan menyusukan dengan berjaya. Walaupun payudara anda kekal kecil, ia tidak akan mengurangkan peluang anda untuk menyusukan anak anda sendiri.
Ramai yg risau, jika bayi mereka tidak puas menyusu diawal-awal proses penyusuan, tapi tahukan anda, perut bayi ketika itu pun tidaklah sebesar mana.
Jadi apa yang perlu ibu-ibu pastikan adalah demand & supply. Susukan bayi sekerap mungkin untuk stimulate supaya lebih banyak susu akan terhasil.
Ok, ini panduan posisi-posisi mengikut keselesaan untuk menyusukan bayi anda.
Selamat menyusukan bayi anda, happy breastfeeding.
No comments:
Post a Comment
jangan segan silu tinggalkan komen anda.. terima kasih..